• Halaman Utama
  • Piagam Pelanggan
  • Carta Organisasi
  • Lokasi
 
Bahagian Bahagian Penguatkuasaan
Alamat Bahagian Penguatkuasaan, Aras Bawah, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor, Jalan Masjid Abu Bakar, Karung Berkunci 725, 80990 Johor Bahru, Johor.
Ketua Bahagian Tuan Haji Halid bin Sono Al-Hafiz
Nombor Telefon 07-2241210
Faks 07-2282950

Visi

" Syariat  Allah Dijunjung, undang-undang dihormati "

Misi

” Mewujudkan masyarakat  yang memahami, menghormati dan mematuhi peraturan dan undang-undang syariah demi kesejahteraan ummah dan negara “

Fungsi Utama

  1. Menerima dan menyiasat aduan yang disampaikan oleh pengadu dan memasukkan segala aduan ke dalam Borang 5
  2. Membuat risikan dan intipan atas maklumat yang diterima
  3. Mengadakan pameran dan memberi taklimat serta kursus penguatkuasaan
  4. Mengadakan program di Jabatan-Jabatan Kerajaan, swasta dan sekolah-sekolah di seluruh negeri Johor.
  5. Mengetuai operasi harian, bersama dan bersepadu dengan agensi-agensi kerajaan
  6. Bertanggungjawab menghubungi dan mendapatkan bantuan pihak-pihak dan agensi lain dalam melaksanakan operasi bersepadu
  7. Bertanggungjawab memastikan peralatan operasi adalah mencukupi dan sempurna
  8. Menyusun jadual operasi berkala dan jadual menghantar OKT ke penjara serta memastikan kelancaran perjalanan
  9. Bertanggungjawab dalam memastikan perlaksanaan waran tangkap dari Mahkamah Syariah Dalam Negeri dan Mahkamah Syariah Luar Negeri.
  10. Menerima tangkapan, dokumen-dokumen tangkapan dan barang-barang kes dari unit operasi untuk tujuan siasatan lanjut
  11. Melantik Pegawai Penyiasat untuk membuka fail siasatan
  12. Menyemak kertas siasatan dan dokumen berkaitan di dalam fail siasatan untuk dirujukkan ke Bahagian Pendakwaan
  13. Memastikan OYDS tidak di tahan melebihi tempoh yang dibenarkan dan diberi bon jaminan setelah selesai siasatan
  14. Memastikan fail siasatan dan barang kes dijaga dengan selamat di dalam jagaan pegawai penyiasat
  1. Memastikan pelaksanaan program Pencegahan kepada masyarakat umum sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun.
  2. Menguruskan penerimaan aduan atau maklumat Kesalahan Tak Boleh Tangkap (KTBT) atau Kesalahan Boleh Tangkap (KBT) yang lengkap dan penilaian dalam tempoh 24 jam.
  3. Memulakan risikan atau operasi penguatkuasaan dalam tempoh 48 jam selepas penilaian dan arahan diterima dari KPPA / KUPAD.
  4. Membuka kertas siasatan dan menjalankan penyiasatan jenayah syariah atau mal dalam tempoh 24 jam selepas menerima arahan dari KPPA, KUPAD atau KPS.
 

Hubungi Kami

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Aras 4, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
Karung Berkunci 725,
80990 Johor Bahru.

Tel : 07 2282900 / 01
Fax : 07 2237873 / 07 2239062
Emel : jaj@johor.gov.my



Laman Facebook

14 hours ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Bengkel Pengukuhan Amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) Tahun 2018/1439H yang diadakan pada:

Tarikh : 22 - 24 Mei 2018 bersamaan 6-8 Ramadhan 1439H
Bertempat di : MPC Bandar Baru Uda, Johor Bahru

Bengkel ini telah dihadiri oleh Pegawai-pegawai dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Jabatan Mufti Negeri Johor (JMNJ) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Setinggi - tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kerjasama agensi yang terlibat kerana menjayakan bengkel ini.
... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

2 days ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Taklimat Kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam & Pendidikan Negeri Johor ... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

2 weeks ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Assalamualaikum warga Johor...

Bengkel Sistem e Muallaf Negeri Johor telah diadakan pada 7 dan 8 Mei 2018 bertempat di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru.

Bengkel ini telah disempurnakan Majlis perasmiannya oleh Timbalan Pengrah Operasi Jainj, Tuan Haji Md. buranuddin Bin Haji Tibek dan dihadiri bersama-sama oleh YBM Tunku Zahrah Binti Tunku Osman Setiausaha Bahagian Unit Sains Teknologi dan ICT Johor dan Encik Musa Bin Ahmad Penolong Pengrah Saudara Muslim Jakim.

Bengkel ini dihadiri KPP Dakwah, Kadi Daerah Segamat, pegawai ICT dn pengawwai Unit Ukhuwah Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

3 weeks ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Bengkel Pengurusan Aset Alih Kerajaan Berkualiti bagi Pegawai dan Kakitangan Jabatan Agama Islama Negeri Johor tahun 2018 pada Ahad, 6 May 2018 bertempat di Bilik Multimedia, Pusat Islam Iskandar Johor. ... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

3 weeks ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

12 Orang Pegawai Tadbir Agama menerima Kad Open Water Scuba Diver yang disampaikan ole Y.B Dato' Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor pada 2hb Mei 2018 di Hotel Villa Johor Bahru. Tahniah, satu anjakan paradigma ke atas Pegawai Agama di Negeri Johor. ... See MoreSee Less

Lihat di Facebook


Penafian

Jabatan Agama Islam Negeri Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.


Jumlah Pelawat 4,786


Tarikh Kemaskini : 14 Mei 2018