Unit Unit Nikah Cerai Rujuk
Alamat Aras 2, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor, Jalan Masjid Abu Bakar, 80990 Johor Bahru, Johor.
Ketua Unit Ustaz Haji Makhadzir bin Abdan Al-Hafiz
Nombor Telefon 07-2282771
Faks 07-2282919

Visi

” Islam Sebagai Cara Hidup ”

Misi

” Menjadikan Jabatan Agama Johor sebagai satu agensi sosial terunggul melalui usaha dan aktiviti yang berterusan serta menyeluruh dalam pembentukan individu yang sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam seluruhnya, bagi melahirkan sebuah masyarakat yang berketerampilan, harmoni, dinamik, cergas, cerdas, berdaya saing, bersatu padu, berakhlak mulia dan memiliki jati diri unggul sebagai pemangkin kepada kesejahteraan ummah dan negara “

Fungsi Utama

  1. Pengurusan Nikah, Cerai dan Rujuk melibatkan warganegara, warganegara asing, dalam dan luar negara
  2. e-NCR
  3. Pengesahan sijil nikah untuk Haji dan Umrah
  4. Kad Perakuan Nikah
  5. Pengurusan Kursus Pra-Perkahwinan Negeri Johor
  6. Muzakarah Jurunikah bersama Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk
  7. Pengurusan Penaksiran HIV
  8. Statistik Nikah, Cerai dan Rujuk seluruh negeri Johor.

Hubungi Kami

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Aras 4, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
Karung Berkunci 725,
80990 Johor Bahru.

Tel : 07 2282900 / 01
Fax : 07 2237873 / 07 2239062
Emel : jaj@johor.gov.my



Laman Facebook

2 days ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Program Pelancongan Masjid Putra ke Masjid Kota Iskandar,Nusajaya.. ... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

2 weeks ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

1 November 2018 : Majlis Perhimpunan Pagi Pusat Islam Iskandar Johor bagi bulan November dan Majlis Budimu Dikenang bagi meraikan Persaraan YB Dato' Haji Tahrir bin Dato' Haji A. Samsudin, Mufti Negeri Johor.Majlis ini juga meraikan Mantan Tuan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Tuan Haji Muhammad Fuad bin Radzuan yang bertukar ke Perbadanan Islam Johor serta beberapa orang pegawai lain yang turut bertukar ke jabatan lain. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam dan Pendidikan Negeri Johor.Beliau telah menyampaikan amanat kepada warga kerja PIIJ dan mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat bersara kepada Dato' Mufti Negeri Johor serta ucapan selamat maju jaya kepada pegawai-pegawai yang bertukar ke jabatan lain. Majlis ini dihadiri oleh semua warga kerja PIIS.Semoga segala budi dan jasa yang telah ditaburkan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda dari Allah s.w.t. Insya Allah. ... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

3 weeks ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

28 Oktober 2018 : Muzakarah Pemegang Tauliah Mengajar dan Memberi Syarahan Agama Islam Negeri Johor bagi tahun 2018 di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor yang telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor. Majlis ini telah dihadiri oleh semua pemegang tauliah mengajar dan memberi syarahan agama Islam dari semua daerah di dalam negeri Johor. ... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

3 weeks ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Institusi keluarga memainkan peranan penting bagi sesebuah organisasi dimana sebuah keluarga yang bahagia akan melahirkan anggota kerja yang po sitif dan mempunyai daya tahan cabaran yang tinggi dalam kehidupan mereka.

Justeru, Bahagian Pembangunan Keluarga, JAINJ mengambil inisiatif menganjurkan Program Kecemerlangan Warga Industri Tahun 2018 khusus untuk pekerja yang beragama Islam. Program tersebut telah diadakan dengan jalinan kerjasama Pengerusi dan AJK Surau Panasonic pada :

Tarikh : 23/10/2018 (Selasa)
Tempat : Panasonic Johor Malaysia, Pasir Gudang, Johor.

Pengisian bagi program ini ialah slot ceramah yang bertajuk "Keluargaku Bahagia" serta Taklimat Skim Bantuan Guaman Syarie Negeri Johor. Seramai 100 orang peserta telah menyertai program ini.

Objektif :

1) Meningkatkan kesedaran dan kepentingan keluarga bahagia dalam pembangunan kerjaya.

2) Meningkatkan kemahiran dan pelaksanaan tanggungjawab dalam institusi keluarga menurut hukum syarak.

3) Memberi penjelasan berkaitan pelaksanaan Skim Bantuan Guaman Syarie Negeri Johor bagi membantu mereka yang layak untuk menyelesaikan tuntutan di Mahkamah Syariah.

Semoga program seumpama ini dapat membantu para peserta dalam membentuk institusi keluarga yang bahagia dalam konteks dunia dan akhirat.
... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

4 weeks ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

“Program Bual Bicara”
Tajuk : Indahnya Hijrah
Tempat : Dewan Syeikh Banten, Masjid Sultan Ibrahim, Muar,Johor.
Tarikh : 18 Oktober 2018 (Khamis) 9 Safar 1440H
Anjuran : Bahagian pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Dengan kerjasama: Pejabat Kadi Daerah Muar. Sasaran/peserta : Komuniti LGBT seramai 80orang. Pengisian : Sesi bual bicara/forum oleh :

Moderator : Ustaz Haji Mohd Azhar bin Samadon
Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Keluarga, JAINJ

Ahli Panel 1 : Ustaz Ishaq Hanis bin Haji Asmail
Penolong Pengarah Unit Pencegahan.
Bahagian Penguatkuasaan, JAINJ

Ahli Panel 2 : Ustaz Fakhrurazzi bin Yusof
Pegawai Khidmat Nasihat
Pejabat Kadi Johor Bahru

Jabatan Agama Islam Negeri Johor sentiasa memandang serius gejala LGBT dikalangan masyarakat Islam khususnya. Justeru, Bahagian Pembangunan Keluarga, JAINJ mengambil inisiatif menganjurkan Bual Bicara : Indahnya Hijrah khusus untuk komuniti LGBT ini. Seramai 80 orang peserta telah menyertai program ini.

Objektif Bual Bicara : Indahnya Hijrah

1) Memberi ruang kepada komuniti LGBT untuk kembali kepada fitrah.

2) Merapatkan silaturahim dikalangan komuniti dengan masyarakat umum.

3) Memberi kesedaran pentingnya hidup berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah.

Semoga program ini dapat menyuntik kekuatan kepada peserta untuk menghadapi cabaran dalam berhijrah menuju redha Ilahi.
... See MoreSee Less

Lihat di Facebook


Penafian

Jabatan Agama Islam Negeri Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Jumlah Pelawat 84,154

Tarikh Kemaskini : 15 November 2018