Bahagian Bahagian Pengurusan Halal
Alamat Bahagian Pengurusan Halal, Aras 1, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor, Jalan Masjid Abu Bakar, Karung Berkunci 725, 80990 Johor Bahru, Johor.
Ketua Bahagian Tuan Haji Mustafa bin Omar
Nombor Telefon 07-2282943
Faks 07-2276041

Visi

” Islam Sebagai Cara Hidup ”

Misi

” Menjadikan Jabatan Agama Johor sebagai satu agensi sosial terunggul melalui usaha dan aktiviti yang berterusan serta menyeluruh dalam pembentukan individu yang sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam seluruhnya, bagi melahirkan sebuah masyarakat yang berketerampilan, harmoni, dinamik, cergas, cerdas, berdaya saing, bersatu padu, berakhlak mulia dan memiliki jati diri unggul sebagai pemangkin kepada kesejahteraan ummah dan negara “

Fungsi Utama

  1. Menguruskan permohonan pensijilan halal mengikut peraturan dan standard yang telah ditetapkan.
  2. Menguruskan pemantauan pensijilan halal yang telah dikeluarkan.
  3. Menguruskan aduan dan membuat pemeriksaan yang berkaitan dengan pensijilan halal.
  4. Menguruskan permohonan dan pengeluaran tauliah sembelihan.