Pejabat Pejabat Kadi Segamat
Alamat Pejabat Kadi Segamat, KM 1, Jalan Buluh Kasap, 85000 Segamat, Johor.
Ketua Jabatan As Sheikh Haji Baharin bin Jalal
Nombor Telefon 07-9311330 / 07-9333432
Faks 07-9321240

Visi

” Islam Sebagai Cara Hidup ”

Misi

” Menjadikan Pejabat Kadi Segamat sebagai satu agensi sosial terunggul melalui usaha dan aktiviti yang berterusan serta menyeluruh dalam pembentukan individu yang sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam seluruhnya, bagi melahirkan sebuah masyarakat yang berketerampilan, harmoni, dinamik, cergas, cerdas, berdaya saing, bersatu padu, berakhlak mulia dan memiliki jati diri unggul sebagai pemangkin kepada kesejahteraan ummah dan negara “

Fungsi Utama

  1. Menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan pentadbiran, perkhidmatan, latihan, perjawatan dan pengurusan harta modal jabatan.
  2. Menguruskan dan mengawal selia peruntukan kewangan jabatan termasuk pembayaran emolumen, elaun dan pembekalan.
  3. Menguruskan dan mengawal selia peruntukan pembangunan dan kerja-kerja yang berkaitan dengan pembangunan di bawah bidang kuasa jabatan.
  4. Menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan sistem pengurusan kualiti jabatan.
  5. Menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan permohonan pernikahan, penceraian dan rujuk orang Islam di Negeri Johor.
  6. Menguruskan permohonan tauliah bagi juru nikah, penceramah, guru takmir dan peguam syarie.
  7. Menguruskan hal ehwal berkaitan dengan dakwah dan sebaran Islam kepada masyarakat Islam di Negeri Johor.
  8. Menguruskan majlis-majlis kebesaran Islam dan majlis rasmi keagamaan di Negeri Johor.
  9. Menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan permohonan memeluk Islam, kelas dan kebajikan Saudara Kita.
  10. Menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan kebajikan pesakit dan lawatan ke hospital kerajaan dan rumah kebajikan kerajaan di Negeri Johor.
  11. Menguruskan hal ehwal berkaitan dengan sesi khidmat nasihat, statistik aduan, latihan pegawai dan kakitangan serta laporan sesi khidmat nasihat.
  12. Merancang dan melaksanakan program pembangunan keluarga di Peringkat Negeri dan Daerah.
  13. Merancang dan melaksanakan program pembangunan sosial di Peringkat Negeri dan Modul Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM.
  14. Menguruskan aduan dan membuat kajian terhadap ajaran dan amalan yang bertentangan dengan akidah ahli sunnah wal jamaah.
  15. Memberi khidmat nasihat kepada individu atau kumpulan yang berfahaman bertentangan dengan akidah ahli sunnah wal jamaah.
  16. Menganjurkan kursus dan seminar yang berkaitan dengan akidah ahli sunnah wal jamaah.
  17. Menguruskan aduan dan membuat penapisan media dan bahan terbitan berunsurkan Islam.
  18. Menguruskan program-program pengimarahan masjid kerajaan.
  19. Menguruskan penyediaan dan penerbitan khutbah, tafsir dan hadis.
  20. Menguruskan pelantikan jawatankuasa masjid dan surau kariah.
  21. Menguruskan pembangunan dan latihan pegawai masjid dan surau.
  22. Menguruskan Tabung Pembangunan Masjid Negeri Johor.
  23. Menguruskan permohonan peruntukan pembangunan masjid dan surau Negeri Johor.
  24. Merancang dan melaksanakan program pencegahan jenayah syariah.
  25. Menerima aduan dan membuat operasi yang melibatkan kesalahan jenayah syariah.
  26. Melaksanakan siasatan terhadap kes-kes mal dan jenayah syariah.
  27. Menguruskan proses pendakwaan kes-kes mal dan jenayah syariah berdasarkan peruntukan undang-undang.
  28. Menguruskan notis rayuan atau petisyen rayuan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Hubungi Kami

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Aras 4, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
Karung Berkunci 725,
80990 Johor Bahru.

Tel : 07 2282900 / 01
Fax : 07 2237873 / 07 2239062
Emel : jaj@johor.gov.my



Laman Facebook

3 weeks ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Assalamualaikum wbt.

Majlis Tadarus dan Khatam AlQuran Anggota Pusat Islam Iskandar Johor dan Majlis Amanat YB Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor telah berlangsung pada 7 Jun 2018 di dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor.

Semoga Rahmat Allah sentiasa bersama kita di bulan Ramadhan ini dan hari-hari berikutnya dengan berkat Bacaan AlQuran.

Dan semoga Amanat yang telah disampaikan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Johor menjadi penguat semangat untuk menjalankan amanah Allah.
... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

CIRI-CIRI LOGO HALAL MALAYSIA

Industri atau syarikat yang telah lulus Pensijilan Halal Malaysia yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Halal JAINJ wajib menanda setiap produk syarikat dengan logo Halal Malaysia.

Pengguna mestilah cakna tentang ciri-ciri logo Halal Malaysia agar tidak terkeliru dan produk yang dibeli benar-benar menepati Halalan Toyyiba.
... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

1 month ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Bengkel Pengukuhan Amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) Tahun 2018/1439H yang diadakan pada:

Tarikh : 22 - 24 Mei 2018 bersamaan 6-8 Ramadhan 1439H
Bertempat di : MPC Bandar Baru Uda, Johor Bahru

Bengkel ini telah dihadiri oleh Pegawai-pegawai dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Jabatan Mufti Negeri Johor (JMNJ) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Setinggi - tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kerjasama agensi yang terlibat kerana menjayakan bengkel ini.
... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

1 month ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Taklimat Kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam & Pendidikan Negeri Johor ... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

2 months ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Assalamualaikum warga Johor...

Bengkel Sistem e Muallaf Negeri Johor telah diadakan pada 7 dan 8 Mei 2018 bertempat di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru.

Bengkel ini telah disempurnakan Majlis perasmiannya oleh Timbalan Pengrah Operasi Jainj, Tuan Haji Md. buranuddin Bin Haji Tibek dan dihadiri bersama-sama oleh YBM Tunku Zahrah Binti Tunku Osman Setiausaha Bahagian Unit Sains Teknologi dan ICT Johor dan Encik Musa Bin Ahmad Penolong Pengrah Saudara Muslim Jakim.

Bengkel ini dihadiri KPP Dakwah, Kadi Daerah Segamat, pegawai ICT dn pengawwai Unit Ukhuwah Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
... See MoreSee Less

Lihat di Facebook


Penafian

Jabatan Agama Islam Negeri Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.


Jumlah Pelawat 12,634


Tarikh Kemaskini : 28 Mei 2018