Pejabat Pejabat Pendidikan Islam Johor Bahru
Alamat Pejabat Pendidikan Islam Johor Bahru, Jalan Larkin Perdana, 80200 Johor Bahru, Johor.
Ketua Jabatan Ustaz Haji Abu Sani bin Kalam
Nombor Telefon 07-2228885
Faks 07-2221255

Visi

” Islam Sebagai Cara Hidup ”

Misi

” Menjadikan Pejabat Pendidikan Islam Johor Bahru sebagai satu agensi sosial terunggul melalui usaha dan aktiviti yang berterusan serta menyeluruh dalam pembentukan individu yang sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam seluruhnya, bagi melahirkan sebuah masyarakat yang berketerampilan, harmoni, dinamik, cergas, cerdas, berdaya saing, bersatu padu, berakhlak mulia dan memiliki jati diri unggul sebagai pemangkin kepada kesejahteraan ummah dan negara “

Fungsi Utama

  1. Merancang pembangunan dan dasar pendidikan Islam di Negeri Johor.
  2. Menguruskan kemasukan murid ke Sekolah Agama Kerajaan Johor.
  3. Menguruskan pemilihan dan kemasukan pelajar ke Sekolah Menengah Agama / Maahad Johor dan Maahad Tahfiz Negeri Johor.
  4. Menguruskan kurikulum bagi sekolah di bawah tadbiran Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
  5. Menguruskan peperiksaan bersijil bagi sekolah di bawah tadbiran Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
  6. Menguruskan latihan dan pembangunan kerjaya pegawai dan guru dibawah seliaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
  7. Menguruskan skim pinjaman kitab bagi Sekolah Agama Kerajaan Johor.
  8. Menguruskan naziran dan pemeriksaan berkala bagi memastikan segala dasar dan peraturan yang ditetapkan dipatuhi dan dilaksanakan.