Pejabat Pejabat Pendidikan Islam Mersing
Alamat Pejabat Pendidikan Islam Mersing, Aras bawah, KM 2, Jalan Jalan Endau, Kg Sri Lalang, 86800 Mersing, Johor.
Ketua Jabatan Ustaz Zamri bin Momen
Nombor Telefon 07-7992834
Faks 07-7995481

Visi

” Islam Sebagai Cara Hidup ”

Misi

” Menjadikan Pejabat Pendidikan Islam Mersing sebagai satu agensi sosial terunggul melalui usaha dan aktiviti yang berterusan serta menyeluruh dalam pembentukan individu yang sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam seluruhnya, bagi melahirkan sebuah masyarakat yang berketerampilan, harmoni, dinamik, cergas, cerdas, berdaya saing, bersatu padu, berakhlak mulia dan memiliki jati diri unggul sebagai pemangkin kepada kesejahteraan ummah dan negara “

Fungsi Utama

  1. Merancang pembangunan dan dasar pendidikan Islam di Negeri Johor.
  2. Menguruskan kemasukan murid ke Sekolah Agama Kerajaan Johor.
  3. Menguruskan pemilihan dan kemasukan pelajar ke Sekolah Menengah Agama / Maahad Johor dan Maahad Tahfiz Negeri Johor.
  4. Menguruskan kurikulum bagi sekolah di bawah tadbiran Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
  5. Menguruskan peperiksaan bersijil bagi sekolah di bawah tadbiran Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
  6. Menguruskan latihan dan pembangunan kerjaya pegawai dan guru dibawah seliaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
  7. Menguruskan skim pinjaman kitab bagi Sekolah Agama Kerajaan Johor.
  8. Menguruskan naziran dan pemeriksaan berkala bagi memastikan segala dasar dan peraturan yang ditetapkan dipatuhi dan dilaksanakan.