INFO :

Perbezaan Akidah Ahli Sunnah dan Syiah

PERBEZAAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN SYIAH

 

 

AHLI SUNNAH

SYIAH

1.    Al-Quran adalah terpelihara dan bebas daripada kekurangan mahupun penyelewengan

Al-Quran yang ada sekarang ada kekurangannya dan terseleweng

2.    Beriktiqad bahawa penafsiran Al-Quran hendaklah berpandukan pada apa yang datang daripada Nabi S.A.W.

Berpendapat penafsiran Al-Quran hendaklah berpandukan daripada apa yang telah telah diriwayatkan ahli al-bait dengan riwayat-riwayat yang mencela para sahabat dan mendakwa Imam Ali sebagai tuhan serta imam selepasnya

3.    Al-Quran diturunkan sepenuhnya ke atas Rasulullah S.A.W. tiada kekurangan padanya dan tiada kitab lain selepasnya

Beriktiqad bahawa mereka memiliki mashaf Fatimah binti Rasulullah S.A.W. Kononnya mengandungi 40 Juzuk

4.    Sunnah Nabi adalah apa saja yang datang daripada Nabi sama ada percakapan, perbuatan mahupun taqrir

Mendakwa kenyataan Imam 12 setaraf firman Allah Taala dan Sabda Rasulullah S.A.W. Meriwayatkan daripada mereka sama seperti meriwayatkan hadith daripada Nabi kerana mereka juga maksum

5.    Syariat Islam adalah sempurna

Bahawa Rasulullah S.A.W. menyampaikan sebahagian daripada syariat sahaja sedangkan sebahagiannya disembunyikan dan ditinggalkan kepada Imam Ali R.A.

6.    Menerima periwayatan sahabat r.a. kerana mereka adil dan thiqah (dipercayai)

Menolak sebahagian besar periwayatan sahabat, mereka beriktiqad bahawa para sahabat semuanya menipu

7.    Menerima semua hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim serta kitab-kitab hadith sahih yang lain

Tidak menerima periwayatan Ahli Sunnah kecuali dari Ali Bayt Rasulullah S.A.W. sahaja

8.    Berpegang dengan Al-Quran, Sunnah dan Ijmak sebagai prinsip asas kepada Syariat Islam

Menolak Ijmak dan Qias dalam penentuan syarak

9.    Tiada maksum melainkan Rasulullah S.A.W, para anbia dan rasul-rasul terdahulu

Para Imam adalah maksum dan kemaksuman mereka adalah perkada dasar dalam prinsip Imamah

10.    Mukjizat yang dianugerahkan Allah kepada para Nabi dan Rasul adalah satu bukti kebenaran

Mukjizat hanya untuk para imam, mereka mampu menghidupkan yang mati, menyembuhkan penyakit bisu, kusta serta mereka memiliki semua mukjizat yang dimiliki oleh para Nabi A.S.

11.    Tiada yang mengetahui perkara-perkara ghaib melainkan Allah S.W.T

Para imam mengetahui perkara-perkara ghaib, tidak terhijab daripada mereka ilmu-ilmu apa di langit, di bumi, di syurga dan neraka

Terma & Syarat · Dasar Privasi · Dasar Keselamatan · Piagam Pelanggan
Hakcipta Terpelihara ·Jabatan Agama Johor