INFO :

Bahagian Pendakwaan

BAHAGIAN PENDAKWAAN


Pendakwaan di Mahkamah dalam Negeri Johor telah bermula seiring dengan penubuhan Mahkamah-Mahkamah dalam Negeri Johor. Enakmen Mahkamah bilangan 16 Tahun 1914 (yang telah memansuhkan Enakmen Mahkamah 1911) telah memperuntukan di bawah seksyen 3 bahawa Mahkamah yang wujud ketika itu adalah;

 

(a) “Supreme Court”

(b) Mahkamah Magistret Kelas Pertama

(c) Mahkamah Magistret Kelas Kedua; dan

(d) Mahkamah Kadi dan Pembantu Kadi

(e) Disebut sebagai “The Court of a Kathi and the Court of Assistant Kathi”)

 

Dibawah Enakmen Mahkamah bilangan 17 Tahun 1920 (yang menggantikan Enakmen 1914) satu lagi mahkamah telah diwujudkan iaitu Mahkamah Penghulu.

Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas didalam Enakmen-Enakmen tersebut siapakah yang mendakwa dalam kes-kes jenayah, terdapat peruntukan-peruntukan yang jelas menyatakan bahawa suatu rayuan terhadap pelepasan seseorang dari kes jenayah tidak boleh dibuat melainkan dengan sanksi daripada “Public Prosecutor” (Pendakwaraya).

 

Namun demikian, tidak terdapat bukti jelas bahwa tugas pendakwaan di Mahkamah Kadi atau Naib Kadi ketika itu dilakukan oleh seorang Pendakwaraya kerana terdapat peruntukan-peruntukan kesalahan bagi orang-orang Islam ketika itu yang hanya boleh dibicarakan di mahkamah-mahkamah Magistret dan oleh kerana kekurangan bidangkuasa jenayah Mahkamah Kadi atau Naib Kadi tersebut.

Bidangkuasa jenayah Mahkamah Kadi dan Naib Kadi ketika itu adalah untuk menghukum bagi sesuatu kesalahan dengan denda tidak melebihi RM 10.00 (sepuluh) ringgit sahaja  dan diantara peruntukan Enakmen Kesalahan bagi Orang-Orang Islam adalah sebagaimana berikut;

1.       Enakmen 15/1914 (Enakmen Pendaftaran  Pernikahan dan Perceraian orang Islam) The Muhammadan Marriage dan Divorce Registration Enactment, 1914”  (Dari  17  seksyen keseluruhannya dalam Enakmen ini, hanya 3 memperuntukan tentang kesalahan.)

2.       Enakmen 8/1915: Enakmen mewajibkan kehadiran kanak-kanak Islam ke sekolah-sekolah Kerajaan (“The School Attendance Enactment 1915” Dari 4 seksyen keseluruhan, hanya 1 memperuntukan tentang kesalahan.)

3. Enakmen 25/1919 : Enakmen Kesalahan Orang-Orang Islam 1919 “The Offences by Muhammadans Enactment, 1919” Dari 9 seksyen keseluruhan, 5 adalah peruntukan kesalahan. “The Offences by Muhammadans Enactment, 1919” Dari 9 seksyen keseluruhan, 5 adalah peruntukan kesalahan.)

4. Enakmen 46/1934 – Enakmen Baitul Mal, 1934 (Daripada 15 seksyen keseluruhan, 3 memperuntukan kesalahan.)

 

 

5.       Apabila Peraturan Zakat dan Fitrah 1962 digubal, barulah dapat dilihat dengan jelas tentang identiti seorang Pendakwa di Mahkamah Kadi ketika itu secara bertulis. Peraturan 10(3) menyebut antara lain tentang kesalahan kerana tidak memulangkan borang G (pengisytiharan harta bagi dinisab zakat) atau membuat bayaran zakat setelah dihisab boleh dikenakan tindakan dan jika disabitkan di Mahkamah Kadi boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 10.00.

Terma & Syarat · Dasar Privasi · Dasar Keselamatan · Piagam Pelanggan
Hakcipta Terpelihara ·Jabatan Agama Johor