INFO :

Unit Siasatan

UNIT SIASATAN

- Menyiasat semua kes-kes yang dikemukakan oleh Ketua Operasi

- Mendaftarkan kes-kes baru dan yang telah selesai

- Menyediakan laporan bulanan

- Menjaga keselamatan OYDS atau OKT

- Menjaga keselamatan fail atau kertas siasatan

- Menyimpan dengan selamat barang-barang kes atau sitaan yang telah diterima dari Ketua Operasi sehingga kes selesai

- Melupuskan Dokumen dan Barang Kes atau Sitaan

Unit Operasi

UNIT OPERASI

- Melaksanakan operasi harian, bersama dan bersepadu dengan agensi-agensi kerajaan

-Melaksanakan perintah Waran Tangkap

- Memantau lokasi-lokasi yang kerap berlakunya maksiat

- Menghantar OKT ke Jabatan Penjara Malaysia atas perintah Mahkamah Syariah

- Menguruskan permohonan Kad Kuasa

- Menguruskan percetakkan Borang dan Buku

 

Unit Pentadbiran PK

UNIT PENTADBIRAN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN

- Menguruskan persuratan dan perfailan pejabat

- Menguruskan perkhidmatan pegawai dan anggota

- Menjaga kebersihan, keceriaan, keselamatan dan peralatan pejabat

Unit Pencegahan

UNIT PENCEGAHAN

 

- Menerima aduan mengenai pelanggaran mana-mana enakmen atau undang-undang yang dikuatkuasakan di bawah MAIJ atau mana-     mana undang-undang lain yang diberi kuasa

- Membuat risikan awal untuk mempastikan ketetapan aduan sebelum tindakan operasi dijalankan

- Mengendalikan kursus dan latihan pegawai dan anggota

- Mengaturkan seminar dan muzakarah kepada masyarakat

- Mengadakan pameran, sebaran dan penerangan

- Memberikan khidmat nasihat kepada OYDS atau OKT

- Program e-Jenayat

Pengurusan Masjid

 

BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID 

·         Memastikan perlantikan jawatankuasa masjid dan surau dibuat dalam tempoh 6 bulan seterusnya memantau keberkesanan dan kecekapan jawatankuasa masjid dan surau yang dilantik.

 

·         Memastikan teks khutbah dapat disediakan dengan sempurna iaitu sebulan sebelum tarikh dibaca dan memastikan teks khutbah dibaca di setiap masjid dan surau di negeri Johor mengikut tarikh yang ditetapkan.

 

·         Memastikan perlantikan Pegawai-pegawai Masjid dan Surau dibuat secara sistematik dan berkesan dalam masa 1 bulan selepas tarikh temuduga bagi melahirkan pegawai yang berketerampilan dan berkualiti dalam melaksanakan tugas.

 

·         Memastikan perlaksanaan program latihan kepada Pegawai-Pegawai Masjid Kerajaan Negeri Johor dibuat secara sistematik dan berkesan kearah perkhidmatan yang bermutu kepada masyarakat.

 

·         Permohonan untuk membina baru atau membaikpulih Masjid akan diproses untuk tindakan selanjutnya 7 hari selepas permohonan diterima.

 

·         Memproses permohonan pendaftaran Tabung Pembangunan Masjid dan Amal Jariah Johor 10 minit selepas permohonan diterima.

 

·         Memastikan tuntutan elaun takmir, penyelia Al Quran, Guru-guru Al-Quran, Guru-guru Al-Quran DUN dan Penggerak Masjid diproses setiap 20 haribulan setiap bulan dan dihantar untuk tujuan pembayaran setiap 25 haribulan setiap bulan ke Jabatan yang berkaitan.

 

·         Memastikan buku-buku yang diterbitkan mematuhi garis panduan yang ditetapkan dan diedarkan ke seluruh Masjid dan Surau.

 

 

·         Memastikan setiap aduan pelanggan yang diterima akan dijawab dalam tempoh 14 hari bekerja.

Terma & Syarat · Dasar Privasi · Dasar Keselamatan · Piagam Pelanggan
Hakcipta Terpelihara ·Jabatan Agama Johor