INFO :

Penyelidikan

 

 

BAHAGIAN PENYELIDIKAN JABATAN AGAMA JOHOR

Kami berjanji :

1.                      Memberi perkhidmatan yang cemerlang melalui perancangan,penggubalan dan pelaksanaan perkhidmatan dengan menepati ciri-ciri kualiti seperti berikut :- 

Ø  Cepat dalam semua tindakan;

Ø  Tepat dalam membuat keputusan;

Ø  Layanan mesra kepada pelanggan;

Ø  Menepati masa yang dijanjikan;

Ø  Adil dan saksama dalam pertimbangan;

Ø  Menentukan perkhidmatan dan maklumat mudah diperolehi dan boleh dipercayai; dan

Ø  Mematuhi undang-undang, dasar dan peraturan.

2.                      Memastikan respons kepada pertanyaan dan aduan pelanggan adalah cepat, tepat dan mesra dan dan menepati tempoh-tempoh berikut :- 

Ø  Akuan penerimaan dalam masa tiga (3) hari;

Ø  Maklum balas awal dalam tempoh empat belas (14) hari; dan

Ø  Laporan status aduan dalam masa dua (2) bulan

3.                      Memproses tapisan bahan terbitan berunsur Islam sama ada dalam bentuk CD, VCD, DVD, pita, buku dan sebagainya dalam tempoh Sembilan puluh hari (90). 

4.                      Memastikan aduan berkaitan ajaran yang meragukan/bertentangan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dilaksanakan dalam tempoh berikut:-

Ø  Membuat siasatan atau kajian dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh aduan diterima;

Ø  Membuat laporan siasatan atau kajian dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh siasatan diterima;

Ø  Mendapatkan maklumat berkenaan aduan dari sumber-sumber lain seperti dari jabatan-jabatan kerajaan dan internet dalam tempoh empat belas (14) hari;

Ø  Mendapatkan fatwa berkenaan sesuatu ajaran yang meragukan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh permohonan fatwa; dan

Ø  Memaklumkan ke Bahagian Penguatkuasaan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh fatwa dikeluarkan.

5.                      Mengeluarkan Tauliah Penyembelihan dalam tempoh empat belas (14) hari kepada pemohon setelah semua prosedur dipatuhi termasuk menghadiri Kursus Penyembelihan dan lulus ujian penilaian.

6.                      Memastikan proses permohonan Sijil Pengesahan Halal dilaksanakan menepati tempoh berikut :-

Ø  Akuan Penerimaan permohonan dalam tempoh tujuh (7) hari;

Ø  Lawatan pertama ke premis dalam tempoh empat belas (14) hari setelah dokumen lengkap;

Ø  Memajukan laporan Permohonan ke Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Negeri Johor dalam tempoh empat belas (14) hari setelah semua prosedur di patuhi; dan

Ø  Mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal dalam tempoh empat belas (14) hari setelah diluluskan oleh MPPHNJ.

 

 

Terma & Syarat · Dasar Privasi · Dasar Keselamatan · Piagam Pelanggan
Hakcipta Terpelihara ·Jabatan Agama Johor