INFO :

Unit Pengurusan Halal

OBJEKTIF

1.  Mewujudkan kesejahteraan ummah dengan adanya pilihan terhadap bahan makanan dan gunaan orang Islam yang halal dan bersih

2. Meperkukuh taraf kehidupan umat Islam melalui sistem ekonomi yang bertepatan dengan ajaran Islam

3. Memantapkan kesedaran umat Islam untuk berurusan dengan institusi yang mengamalkan konsep syariah

 

FUNGSI

1. Menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan sistem ekonomi Islam yang tidak bertentangan dengan hukum

2.     Mengkaji produk makanan dan bahan gunaan  dalam pasaran sama ada ianya halal dan baik atau tidak

3.     Memproses permohonan sijil pengesahan Halal

4.     Memantau pematuhan syarikat-syarikat yang diberikan pengiktirafan Halal

5.   Memberikan khidmat nasihat, penjelasan dan kempen kesedaran Halal kepada agensi kerajaan, swasta dan orang awam

6.     Memberi bimbingan dan latihan kepada pengusaha produk Halal

7.     Membimbing dan menggalakkan umat Islam terlibat dalam bidang perniagaan dan keusahawanan mengikut syariat Islam

 

8.     Mengenalpasti potensi dan bidang-bidang tertentu yang boleh menjadi alternatif pekerjaan kepada masyarakat Islam dengan menerapkan prinsip dan operasi ekonomi Islam

 

9.     Menghasilkan cadangan rancangan, strategi dan hukum berkaitan isu-isu muamalat dan ekonomi Islam untuk rujukan dan amalan umat Islam di negeri Johor.

Terma & Syarat · Dasar Privasi · Dasar Keselamatan · Piagam Pelanggan
Hakcipta Terpelihara ·Jabatan Agama Johor