Pengurusan Masjid

Category: bahagian / unit
Published: Sunday, 12 January 2014 07:39
Written by Super User
Hits: 14886

 

BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID 

·         Memastikan perlantikan jawatankuasa masjid dan surau dibuat dalam tempoh 6 bulan seterusnya memantau keberkesanan dan kecekapan jawatankuasa masjid dan surau yang dilantik.

 

·         Memastikan teks khutbah dapat disediakan dengan sempurna iaitu sebulan sebelum tarikh dibaca dan memastikan teks khutbah dibaca di setiap masjid dan surau di negeri Johor mengikut tarikh yang ditetapkan.

 

·         Memastikan perlantikan Pegawai-pegawai Masjid dan Surau dibuat secara sistematik dan berkesan dalam masa 1 bulan selepas tarikh temuduga bagi melahirkan pegawai yang berketerampilan dan berkualiti dalam melaksanakan tugas.

 

·         Memastikan perlaksanaan program latihan kepada Pegawai-Pegawai Masjid Kerajaan Negeri Johor dibuat secara sistematik dan berkesan kearah perkhidmatan yang bermutu kepada masyarakat.

 

·         Permohonan untuk membina baru atau membaikpulih Masjid akan diproses untuk tindakan selanjutnya 7 hari selepas permohonan diterima.

 

·         Memproses permohonan pendaftaran Tabung Pembangunan Masjid dan Amal Jariah Johor 10 minit selepas permohonan diterima.

 

·         Memastikan tuntutan elaun takmir, penyelia Al Quran, Guru-guru Al-Quran, Guru-guru Al-Quran DUN dan Penggerak Masjid diproses setiap 20 haribulan setiap bulan dan dihantar untuk tujuan pembayaran setiap 25 haribulan setiap bulan ke Jabatan yang berkaitan.

 

·         Memastikan buku-buku yang diterbitkan mematuhi garis panduan yang ditetapkan dan diedarkan ke seluruh Masjid dan Surau.

 

 

·         Memastikan setiap aduan pelanggan yang diterima akan dijawab dalam tempoh 14 hari bekerja.