INFO :

Piagam Pelanggan

BAHAGIAN UNDANG-UNDANG SYARA’

“Kami Menjamin layanan yang mesra dan sentiasa membantu apabila anda memerlukan perkhidmatan kami”

Kami akan ;

  • Mengeluarkan kelulusan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk untuk kebenaran bernikah dengan warga asing dalam tempoh tiga puluh (30) minit setelah permohonan lengkap dikemukakan ;
  • Mengeluarkan kebenaran mengajar dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kebenaran Mengajar ;
  • Mengeluarkan kebenaran memungut derma dalam tempoh dua (2) hari bekerja setelah siasatan lengkap ;
  • Mengeluarkan sijil peguam syarie dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas diperakukan oleh Jawatankuasa Panel Peguam Syarie Negeri Johor ;
  • Memastikan output yang dibekalkan kepada pelanggan memenuhi kehendak pelanggan dengan sempurna ;
  • Memastikan setiap kelewatan yang dapat dijangka akan dimaklumkan kepada pelanggan pada permulaan perkhidmatan itu dipohon, dan kelewatan yang tidak dapat dijangka akan dimaklumkan kepada pemohon sebaik sahaja ianya dapat dikesan ;
  • Berusaha mengambil tindakan bagi setiap aduan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja setelah pengaduan diterima.

 

BAHAGIAN DAKWAH

Kami beriltizam memberi layanan yang mesra dan bersedia membantu apabila anda memerlukan perkhidmatan kami :

  • Melaksanakan program kefahaman dan penghayatan Islam kepada masyarakat awam dan saudara kita di seluruh Negeri Johor tidak kurang daripada 80 kali sebulan.
  • Memproses surat permohonan penceramah Agama dalam tempoh 14 hari bekerja.
  • Memproses surat permohonan program Dakwah Jabatan dalam tempoh 14 hari bekerja.
  • Menyediakan Kertas Mesyuarat Jawatankuasa Induk program-program sempena hari-hari kebesaran Islam selewat-lewatnya 30 hari sebelum sambutan hari kebesaran berkenaan.
  • Memastikan aktiviti lawatan ke hospital-hospital Kerajaan dan rumah-rumah kebajikan seluruh Negeri Johor dilaksanakan tidak kurang 80 kali sebulan.
  • Memproses permohonanbantuan Saudara kita dalam tempoh 14 hari bekerja setelah permohonan lengkap diperolehi.
  • Memproses tuntutan bayaran dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh tuntutan yang lengkap diperolehi.
  • Mengambil tindakan bagi setiap aduan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pengaduan diterima.
  • Memastikan setiap kelewatan yang dapat dijangka akan dimaklumkan kepada pelanggan pada permulaan perkhidmatan itu dipohon dan kelewatan tidak dapat dijangka akan dimaklumkan kepada pemohon sebaik sahaja ia dapat dikesan.

 

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KELUARGA

  • ·         Memastikan bahawa pelanggan akan diberikan layanan dalam tempoh dua puluh (20) minit selepas kehadirannya  dimaklumkan kepada kakitangan bertugas
  • ·         Memastikan tindakan bagi aduan baru dapat dilaksanakan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dan tiga puluh (30) hari bekerja bagi kes yang berulang
  • ·         Setiap sesi khidmat nasihat akan dilaksanakan tidak melebihi empat puluh lima (45) minit atau mengikut keperluan kes
  • ·         Memastikan sebanyak lima (5) program tahunan dilaksanakan di peringkat negeri dan daerah
  • ·         Melaksanakan budaya kerja mesra, amanah dan bertanggungjawab kepada semua pelanggan.

 

BAHAGIAN PENDAKWAAN

  • ·         Kes-kes lengkap yang hendak dituduh didaftarkan di Mahkamah Syariah dalam masa tidak melebihi 14 hari selepas menerima siasatan lengkap dari Bahagian Penguatkuasaan.
  • ·         Jika tidak berpuas hati dengan keputusan, Notis Rayuan hendaklah difailkan dalam masa 14 hari selepas keputusan perbicaraan
  • ·         Memfailkan Petisyen Rayuan dalam masa 10 hari selepas menerima Catatan Perbicaraan Hakim yang membicarakan kes

 

BAHAGIAN PENGUATKUASAAN

  • ·         Kami sentiasa berusaha untuk memberikan layanan yang adil, mesra, tepat dan cekap kepada semua pelanggan.
  • ·         Memulakan Prosiding Penguatkuasaan dalam tempoh 48 jam selepas sesuatu aduan yang lengkap diterima.
  • ·         Memulakan siasatan pada Orang Yang Di Syaki (OYDS) dalam tempoh 24 jam (tidak termsuk cuti am) selepas tangkapan dibuat.
  • ·         Menyerah Fail Siasatan ke Bahagian Pendakwaan dalam tempoh 7 hari (tidak termasuk cuti am) selepas sesuatu siasatan itu selesai.
  • ·         Mengemukakan OYDS di hadapan Hakim atau dilepaskan dengan Bon Jaminan dalam tempoh 24 jam (tidak termasuk cuti am) selepas tangkapan dibuat.
  • ·         Memastikan setiap kelewatan yang dapat dijangka akan dimaklumkan kepada pelanggan pada permulaan perkhidmatan itu diberikan dan kelewatan tidak dapat dijangka akan dimulakan kepada pelanggan sebaik sahaja ia dapat dikesan

BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID

  • Memastikan perlantikan jawatankuasa masjid dan surau dibuat dalam tempoh 6 bulan seterusnya memantau keberkesanan dan kecekapan jawatankuasa masjid dan surau yang dilantik.
  • Memastikan teks khutbah dapat disediakan dengan sempurna iaitu sebulan sebelum tarikh dibaca dan memastikan teks khutbah dibaca di setiap masjid dan surau di negeri Johor mengikut tarikh yang ditetapkan.
  • Memastikan perlantikan Pegawai-Pegawai Masjid dan Surau dibuat secara sistematik dan berkesan dalam masa 1 bulan selepas tarikh temuduga bagi melahirkan pegawai yang berketerampilan dan berkualiti dalam melaksanakan tugas.
  • Memastikan perlaksanaan program latihan kepada Pegawai-Pegawai Masjid Kerajaan Negeri Johor dibuat secara sistematik dan berkesan ke arah perkhidmatan yang bermutu kepada masyarakat.
  • Permohonan untuk membina baru atau membaik pulih Masjid akan diproses untuk tindakan selanjutnya 7 hari selepas permohonan diterima.
  • Memproses permohonan pendaftaran Tabung Pembangunan Masjid dan Amal Jariah Johor 10 minit selepas permohonan diterima.
  • Memastikan tuntutan elaun takmir, penyelia Al-Quran, Guru-Guru Al-Quran, Guru-Guru Al-Quran DUN dan Penggerak Masjid diproses setiap 20 haribulan setiap bulan dan dihantar untuk tujuan pembayaran setiap 25 haribulan setiap bulan ke Jabatan yang berkaitan.
  • Memastikan buku-buku yang diterbitkan mematuhi garis panduan yang ditetapkan dan diedarkan ke seluruh Masjid dan Surau.
  • Memastikan pendaftaran, kursus, latihan dan aktiviti Briged Ansor diurus dan diatur dengan baik.
  • Memastikan setiap aduan pelanggan yang diterima akan dijawab dalam tempoh 14 hari bekerja.

 

BAHAGIAN PENYELIDIKAN

Kami Berjanji :

Memberi perkhidmatan yang cemerlang melalui perancangan, penggubalan dan pelaksanaan perkhidmatan dengan menepati ciri-ciri kualiti seperti berikut:

  •  Cepat dalam semua tindakan
  •  Tepat dalam membuat keputusan; 
  • Layanan mesra kepada pelanggan;
  • Menepati masa yang dijanjikan;
  • Adil dan saksama dalam pertimbangan;
  • Menentukan perkhidmatan dan maklumat mudah diperolehi   dan boleh dipercayai; dan
  • Menepati undang-undang, dasar dan peraturan

 

Memastikan respons kepada pertanyaan dan aduan pelanggan adalah cepat, tepat dan mesra dan menepati tempoh-tempoh berikut:

  • Akuan penerimaan dalam masa 3 hari
  • Maklum balas awal dalam tempoh 14 hari
  • Laporan status aduan dalam masa 2 bulan

 

Memproses tapisan bahan terbitan berunsur Islam sama ada dalam bentuk CD, VCD, DVD, pita, buku dan sebagainya dalam tempoh 90 hari Memastikan aduan berkaitan ajaran yang meragukan /bertentangan Akidah Ahli Sunnah Waljamaah dilaksanakan dalam tempoh berikut:

·         Membuat siasatan atau kajian dalam tempoh 14 hari dari tarikh siasatan

·         Membuat laporan siasatan atau kajian dalam tempoh 14 hari dari tarikh siasatan.

·         Mendapatkan maklumat berkenaan aduan dari sumber-sumber lain seperti dari jabatan-jabatan kerajaan dan internet dalam tempoh 14 hari.

·         Mendapatkan fatwa berkenaan sesuatu ajaran yang meragukan dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan fatwa.

·         Memaklumkan ke Bahagaian Penguakuasaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh fatwa dikeluarkan.


Mengeluarkan Tauliah Penyembelihan dalam tempoh 14 hari kepada pemohon setelah semua prosedur dipatuhi termasuk menghadiri kursus penyembelihan dan lulus ujian penilaian

Memastikan proses permohonan Sijil Pengesahan Halal dilaksanakan menepati tempoh berikut:

  • Akuan penerimaan permohonan dalam tempoh 7 hari
  • Lawatan pertama ke premis dalam tempoh 14 hari setelah dokumen lengkap
  • Memajukan laporan permohonan ke Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Negeri Johor dalam tempoh 14 hari setelah semua prosedur dipatuhi
  • Mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal dalam tempoh 14 hari setelah diluluskan oleh Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Negeri Johor

 

 

 

 

 

Terma & Syarat · Dasar Privasi · Dasar Keselamatan · Piagam Pelanggan
Hakcipta Terpelihara ·Jabatan Agama Johor