INFO :

Terma & Syarat

Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan Portal Jabatan Agama Islam Negeri Johor serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan di portal ini.

Sekiranya anda mengakses portal ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat ini dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan kami, Kerajaan Negeri Johor bagi akses dan/atau penggunaan portal ini.

Syarat-syarat ini akan menggantikan syarat-syarat terdahulu yang anda terima atau akses menerusi portal ini. Penggunaan dan/atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini.

Had Tanggungjawab

Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa Jabatan Agama Islam  Negeri Johor tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:

  1. penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini;
  2. kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada portal ini;
  3. akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;
  4. kenyataan atau tindakan pihak ketiga di portal ini; atau
  5. perkara-perkara lain yang berkaitan dengan portal ini.

Pautan

Jabatan Agama Islam  Negeri Johor boleh menyediakan pautan kepada laman web yang lain. Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, Jabatan Agama Islam  Negeri Johor tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa Jabatan Agama Islam  Negeri Johor tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa Jabatan Agama Islam  Negeri Johor tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman atau sumber tersebut.

Penamatan

Jabatan Agama Islam  Negeri Johor boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan berkuatkuasa serta-merta. Kerajaan Negeri Johor boleh juga menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan portal menerusi akaun tersebut bagi suatu tempoh tertentu. Anda bersetuju bahawa Jabatan Agama Islam  Negeri Johor tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.

Perubahan kepada Syarat-syarat Perkhidmatan

Jabatan Agama Islam  Negeri Johor mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan portal atau dalam keadaan di luar kawalan, di mana Jabatan Agama Islam  Negeri Johor mendapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini, ia akan berbuat demikian tanpa notis terdahulu kepada anda. Adalah dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini.

Pengubahsuaian kepada Perkhidmatan

Jabatan Agama Islam  Negeri Johor mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa Jabatan Agama Islam  Negeri Johor tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.

Umum

Syarat-syarat ini hendaklah dibaca bersama dengan Syarat-syarat Standard. Sekiranya ada syarat yang tidak konsisten atau percanggahan di antara syarat-syarat ini dan Syarat Standard, syarat-syarat ini akan diterimapakai.

Tajuk-tajuk yang digunakan di bawah syarat-syarat ini hanya untuk rujukan dan tidak boleh diambilkira dalam tafsiran syarat-syarat ini.

Sekiranya mana-mana peruntukan syarat-syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang atau peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan syarat-syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan syarat-syarat ini bersama-sama peruntukan lain akan berkuatkuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau yang tidak sah.

Piagam Pelanggan

BAHAGIAN UNDANG-UNDANG SYARA’

“Kami Menjamin layanan yang mesra dan sentiasa membantu apabila anda memerlukan perkhidmatan kami”

Kami akan ;

  • Mengeluarkan kelulusan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk untuk kebenaran bernikah dengan warga asing dalam tempoh tiga puluh (30) minit setelah permohonan lengkap dikemukakan ;
  • Mengeluarkan kebenaran mengajar dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kebenaran Mengajar ;
  • Mengeluarkan kebenaran memungut derma dalam tempoh dua (2) hari bekerja setelah siasatan lengkap ;
  • Mengeluarkan sijil peguam syarie dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas diperakukan oleh Jawatankuasa Panel Peguam Syarie Negeri Johor ;
  • Memastikan output yang dibekalkan kepada pelanggan memenuhi kehendak pelanggan dengan sempurna ;
  • Memastikan setiap kelewatan yang dapat dijangka akan dimaklumkan kepada pelanggan pada permulaan perkhidmatan itu dipohon, dan kelewatan yang tidak dapat dijangka akan dimaklumkan kepada pemohon sebaik sahaja ianya dapat dikesan ;
  • Berusaha mengambil tindakan bagi setiap aduan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja setelah pengaduan diterima.

 

BAHAGIAN DAKWAH

Kami beriltizam memberi layanan yang mesra dan bersedia membantu apabila anda memerlukan perkhidmatan kami :

  • Melaksanakan program kefahaman dan penghayatan Islam kepada masyarakat awam dan saudara kita di seluruh Negeri Johor tidak kurang daripada 80 kali sebulan.
  • Memproses surat permohonan penceramah Agama dalam tempoh 14 hari bekerja.
  • Memproses surat permohonan program Dakwah Jabatan dalam tempoh 14 hari bekerja.
  • Menyediakan Kertas Mesyuarat Jawatankuasa Induk program-program sempena hari-hari kebesaran Islam selewat-lewatnya 30 hari sebelum sambutan hari kebesaran berkenaan.
  • Memastikan aktiviti lawatan ke hospital-hospital Kerajaan dan rumah-rumah kebajikan seluruh Negeri Johor dilaksanakan tidak kurang 80 kali sebulan.
  • Memproses permohonanbantuan Saudara kita dalam tempoh 14 hari bekerja setelah permohonan lengkap diperolehi.
  • Memproses tuntutan bayaran dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh tuntutan yang lengkap diperolehi.
  • Mengambil tindakan bagi setiap aduan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pengaduan diterima.
  • Memastikan setiap kelewatan yang dapat dijangka akan dimaklumkan kepada pelanggan pada permulaan perkhidmatan itu dipohon dan kelewatan tidak dapat dijangka akan dimaklumkan kepada pemohon sebaik sahaja ia dapat dikesan.

 

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KELUARGA

  • ·         Memastikan bahawa pelanggan akan diberikan layanan dalam tempoh dua puluh (20) minit selepas kehadirannya  dimaklumkan kepada kakitangan bertugas
  • ·         Memastikan tindakan bagi aduan baru dapat dilaksanakan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dan tiga puluh (30) hari bekerja bagi kes yang berulang
  • ·         Setiap sesi khidmat nasihat akan dilaksanakan tidak melebihi empat puluh lima (45) minit atau mengikut keperluan kes
  • ·         Memastikan sebanyak lima (5) program tahunan dilaksanakan di peringkat negeri dan daerah
  • ·         Melaksanakan budaya kerja mesra, amanah dan bertanggungjawab kepada semua pelanggan.

 

BAHAGIAN PENDAKWAAN

  • ·         Kes-kes lengkap yang hendak dituduh didaftarkan di Mahkamah Syariah dalam masa tidak melebihi 14 hari selepas menerima siasatan lengkap dari Bahagian Penguatkuasaan.
  • ·         Jika tidak berpuas hati dengan keputusan, Notis Rayuan hendaklah difailkan dalam masa 14 hari selepas keputusan perbicaraan
  • ·         Memfailkan Petisyen Rayuan dalam masa 10 hari selepas menerima Catatan Perbicaraan Hakim yang membicarakan kes

 

BAHAGIAN PENGUATKUASAAN

  • ·         Kami sentiasa berusaha untuk memberikan layanan yang adil, mesra, tepat dan cekap kepada semua pelanggan.
  • ·         Memulakan Prosiding Penguatkuasaan dalam tempoh 48 jam selepas sesuatu aduan yang lengkap diterima.
  • ·         Memulakan siasatan pada Orang Yang Di Syaki (OYDS) dalam tempoh 24 jam (tidak termsuk cuti am) selepas tangkapan dibuat.
  • ·         Menyerah Fail Siasatan ke Bahagian Pendakwaan dalam tempoh 7 hari (tidak termasuk cuti am) selepas sesuatu siasatan itu selesai.
  • ·         Mengemukakan OYDS di hadapan Hakim atau dilepaskan dengan Bon Jaminan dalam tempoh 24 jam (tidak termasuk cuti am) selepas tangkapan dibuat.
  • ·         Memastikan setiap kelewatan yang dapat dijangka akan dimaklumkan kepada pelanggan pada permulaan perkhidmatan itu diberikan dan kelewatan tidak dapat dijangka akan dimulakan kepada pelanggan sebaik sahaja ia dapat dikesan

BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID

  • Memastikan perlantikan jawatankuasa masjid dan surau dibuat dalam tempoh 6 bulan seterusnya memantau keberkesanan dan kecekapan jawatankuasa masjid dan surau yang dilantik.
  • Memastikan teks khutbah dapat disediakan dengan sempurna iaitu sebulan sebelum tarikh dibaca dan memastikan teks khutbah dibaca di setiap masjid dan surau di negeri Johor mengikut tarikh yang ditetapkan.
  • Memastikan perlantikan Pegawai-Pegawai Masjid dan Surau dibuat secara sistematik dan berkesan dalam masa 1 bulan selepas tarikh temuduga bagi melahirkan pegawai yang berketerampilan dan berkualiti dalam melaksanakan tugas.
  • Memastikan perlaksanaan program latihan kepada Pegawai-Pegawai Masjid Kerajaan Negeri Johor dibuat secara sistematik dan berkesan ke arah perkhidmatan yang bermutu kepada masyarakat.
  • Permohonan untuk membina baru atau membaik pulih Masjid akan diproses untuk tindakan selanjutnya 7 hari selepas permohonan diterima.
  • Memproses permohonan pendaftaran Tabung Pembangunan Masjid dan Amal Jariah Johor 10 minit selepas permohonan diterima.
  • Memastikan tuntutan elaun takmir, penyelia Al-Quran, Guru-Guru Al-Quran, Guru-Guru Al-Quran DUN dan Penggerak Masjid diproses setiap 20 haribulan setiap bulan dan dihantar untuk tujuan pembayaran setiap 25 haribulan setiap bulan ke Jabatan yang berkaitan.
  • Memastikan buku-buku yang diterbitkan mematuhi garis panduan yang ditetapkan dan diedarkan ke seluruh Masjid dan Surau.
  • Memastikan pendaftaran, kursus, latihan dan aktiviti Briged Ansor diurus dan diatur dengan baik.
  • Memastikan setiap aduan pelanggan yang diterima akan dijawab dalam tempoh 14 hari bekerja.

 

BAHAGIAN PENYELIDIKAN

Kami Berjanji :

Memberi perkhidmatan yang cemerlang melalui perancangan, penggubalan dan pelaksanaan perkhidmatan dengan menepati ciri-ciri kualiti seperti berikut:

  •  Cepat dalam semua tindakan
  •  Tepat dalam membuat keputusan; 
  • Layanan mesra kepada pelanggan;
  • Menepati masa yang dijanjikan;
  • Adil dan saksama dalam pertimbangan;
  • Menentukan perkhidmatan dan maklumat mudah diperolehi   dan boleh dipercayai; dan
  • Menepati undang-undang, dasar dan peraturan

 

Memastikan respons kepada pertanyaan dan aduan pelanggan adalah cepat, tepat dan mesra dan menepati tempoh-tempoh berikut:

  • Akuan penerimaan dalam masa 3 hari
  • Maklum balas awal dalam tempoh 14 hari
  • Laporan status aduan dalam masa 2 bulan

 

Memproses tapisan bahan terbitan berunsur Islam sama ada dalam bentuk CD, VCD, DVD, pita, buku dan sebagainya dalam tempoh 90 hari Memastikan aduan berkaitan ajaran yang meragukan /bertentangan Akidah Ahli Sunnah Waljamaah dilaksanakan dalam tempoh berikut:

·         Membuat siasatan atau kajian dalam tempoh 14 hari dari tarikh siasatan

·         Membuat laporan siasatan atau kajian dalam tempoh 14 hari dari tarikh siasatan.

·         Mendapatkan maklumat berkenaan aduan dari sumber-sumber lain seperti dari jabatan-jabatan kerajaan dan internet dalam tempoh 14 hari.

·         Mendapatkan fatwa berkenaan sesuatu ajaran yang meragukan dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan fatwa.

·         Memaklumkan ke Bahagaian Penguakuasaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh fatwa dikeluarkan.


Mengeluarkan Tauliah Penyembelihan dalam tempoh 14 hari kepada pemohon setelah semua prosedur dipatuhi termasuk menghadiri kursus penyembelihan dan lulus ujian penilaian

Memastikan proses permohonan Sijil Pengesahan Halal dilaksanakan menepati tempoh berikut:

  • Akuan penerimaan permohonan dalam tempoh 7 hari
  • Lawatan pertama ke premis dalam tempoh 14 hari setelah dokumen lengkap
  • Memajukan laporan permohonan ke Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Negeri Johor dalam tempoh 14 hari setelah semua prosedur dipatuhi
  • Mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal dalam tempoh 14 hari setelah diluluskan oleh Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Negeri Johor

 

 

 

 

 

TIMBALAN PENGARAH OPERASI

     

 TUAN HAJI RAMLY BIN JUSOH

TIMBALAN PENGARAH OPERASI

JABATAN AGAMA JOHOR


No. Kad Pengenalan             :           570307-01-5851

Tarikh Lahir                           :           7 Mac 1957

Umur                                      :           57 Tahun

Status                                     :           Berkahwin

Nama Isteri                            :           Hajah Alina Wong Binti Abdullah

                                                            (Bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah

                                                             Bahagian Pembangunan Keluarga

                                                             Jabatan Agama Johor.

Anak                                       :           3 orang

Asal                                        :           Mersing, Johor

Alamat Sekarang                :           No. 10, Jalan Serama 3, Larkin,

                                                            80200 JOHOR BAHRU, JOHOR.

Kelulusan Akademik          :           1) Ijazah Sarjana Muda (B.A ) Hons.

                                                (Dakwah & Tamadun Islam)

                                                 Universiti Al-Azhar, Mesir.

                                                            2) Diploma Pendidikan 

                                                 (Bidang Agama)

                                                                  Universiti Al-Azhar, Mesir.

                                                           

Tarikh Lantikan Pertama     :           07 Mac 1985

                                                                Sebagai Guru Sandaran Kat. D5

                                                                Di Sekolah Menengah Sains Muar, Johor

 

Tarikh Lantikan Ke perkhidmatan sekarang         :           01 Januari 1987

 

Tarikh Kenaikan Pangkat    :           (1) Gred S44   -   1 Januari 2007

 

                                                                (2) Gred S48   -   1 Januari 2010

 

                                                                (3) Gred S52   -   1 Julai 2012

 

                                                                (4) Gred S54   -   02 Mei 2013

    

 

Jawatan Sekarang                :           Timbalan Pengarah Operasi

                                                                Jabatan Agama Johor

                                                                Gred S54 Hakiki

 

Jawatan yang pernah disandang :

 

BIL

 

JABATAN

 

JAWATAN

 

TEMPOH

 

1.

 

Kementerian Pendidikan Malaysia

 

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru)

 

 

07.03.1985 – 31.12.1986

 

2.

 

Jabatan Agama Johor

 

Setiausaha

Lujnah Fatwa

 

 

01.01.1987 – 31.01.2005

 

3.

 

Jabatan Agama Johor

 

Ketua Pegawai Penguatkuasa

 

 

01.01.1987 – 31.01.1991

 

4.

 

Jabatan Agama Johor

 

Pegawai Perpustakaan Tertutup

 

 

01.01.1987 – 31.12.1989

 

5.

 

Jabatan Agama Johor

 

Menanggung Kerja sebagai Amin Baitul Mal Johor Dan Penolong Ketua Pengelola Zakat Dan Fitrah Negeri Johor

 

 

15.12.1988 – 31.10.1991

 

 

6.

 

Jabatan Agama Johor

 

Amin Baitul Mal Johor Dan Penolong Ketua Pengelola Zakat Dan Fitrah Negeri Johor

 

 

01.02.1991 – 31.05.1994

 

7.

 

Jabatan Agama Johor

 

Penolong Pengarah

Bahagian Penyelidikan

 

 

01.06.1994 – 01.05.1996

 

8.

 

Pejabat Agama Daerah Pontian

 

 

Menjalankan Tugas Kadi Daerah Pontian

 

16.07.1994 – 15.06.1995

 

 

 

 

 

9.

 

Jabatan Agama Johor

 

Menjalankan Tugas Timbalan Pendakwa Syarie Di Mahkamah Syariah Negeri Johor

 

15.08.1994 – 01.05.1996

 

10.

 

 

Pejabat Agama Daerah Kota Tinggi

 

Kadi Daerah

Daerah Kota Tinggi

 

02.05.1996 – 13.12.1996

 

11.

 

 

Jabatan Agama Johor

 

Menjalankan Kerja Amin Baitulmal, Penolong Ketua Pengelola Zakat Dan Fitrah, Pegawai Wakaf Negeri Johor

 

02.05.1996 – 31.12.1996

 

12.

 

Jabatan Agama Johor

 

Ketua Penolong Pengarah Baitul Mal, Zakat Dan Wakaf Negeri Johor Majlis Agama Islam Negeri Johor

 

01.01.1997 – 15.09.2004

 

13.

 

Pejabat Agama Daerah Johor Bahru

 

Menanggung Kerja

Kadi Daerah Johor Bahru

 

01.04.1997 -  23.05.1997

 

14.

 

Jabatan Agama Johor

 

 

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan

 

16.09.2004 – 15.09.2005

 

15.

 

Jabatan Agama Johor

 

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Pembangunan Keluarga

 

16.09.2005 – 15.11.2007

 

16.

 

Jabatan Agama Johor

 

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Syariah

(Kadi Besar Johor)

 

16.11.2007 – 15.02.2011

 

17.

 

Jabatan Agama Johor

 

Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Johor

 

16.02.2011 hingga sekarang

 

18.

 

Jabatan Agama Johor

 

Setiausaha Jawatankuasa Penetapan Puasa dan Hari Raya Negeri Johor

 

Dari Tahun 1998 hingga sekarang

 

19.

 

Jabatan Agama Johor

 

Setiausaha Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam Negeri Johor

 

Dari Tahun 1998 hingga sekarang

 

 

 

 

Visi & Misi

VISI

" Islam Sebagai Cara Hidup "

MISI

 

" Menjadikan Jabatan Agama Johor sebagai satu agensi sosial terunggul melalui usaha dan aktiviti yang berterusan serta menyeluruh dalam pembentukan individu yang sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam seluruhnya, bagi melahirkan sebuah masyarakat yang berketrampilan, harmoni, dinamik, cergas, cerdas, berdaya saing, bersatu padu, berakhlak mulia dan memiliki jati diri unggul sebagai pemangkin kepada kesejahteraan ummah dan negara "

Terma & Syarat · Dasar Privasi · Dasar Keselamatan · Piagam Pelanggan
Hakcipta Terpelihara ·Jabatan Agama Johor