INFO :

Soalan Lazim

Apakah itu JAJ?

JAJ adalah singkatan untuk Jabatan Agama Islam Johor.  

Apakah perbezaan diantara MAIJ dan Jabatan Agama Johor?

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) lebih kepada pengurusan zakat, wakaf dan baitulmal. Manakala Jabatan Agama Johor (JAJ) memainkan peranan penting untuk menegakkan syiar Islam dengan fungsi yang digariskan, antara lain  menjaga dan mengurus kerja-kerja berkaitan hal ehwal    orang-orang Islam  seperti ibadah, pelajaran, nikah kahwin, harta pusaka, baitulmal, wakaf, khairat dan urusan berhubung Mahkamah Syariah. Selain itu Jabatan Agama Johor mempertingkat  aktiviti-aktiviti dalam bidang penerbitan, dakwah, saudara baru, penyelidikan, penguatkuasaan dan kebajikan wanita Islam dan menguruskan sekolah-sekolah Arab rendah dan menengah.

Dimanakah saya perlu rujuk berkenan dengan pernikahan dengan warga asing?

Segala permasalahan berkenaan dengan pernikahan, anda boleh merujuk di setiap Pejabat Agama Daerah masing-masing di bahagian undang-undang syariah.

Bagaimana Mendapat Pengesahan Sijil Nikah Luar Negeri?

Pemohon hendaklah merujuk kepada Pejabat Kadi Daerah mengikut kepada alamat kad pengenalan dan seterusnya mendaftarkan pernikahan berkenaan. Pemohon hendaklah hadir bersama pasangan dengan membawa Sijil Nikah serta dokumen-dokumen yang berkaitan semasa berurusan untuk bernikah dahulu.

Sijil Cerai Hilang?

 

Bagi sijil Cerai yang hilang, anda boleh mendapatkan salinan/cabutan Sijil Cerai di Pejabat Kadi Daerah di mana tempat penceraian itu berlaku. Adalah mudah jika anda dapat memastikan tahun dan di daerah mana penceraian berlaku dan didaftarkan. Untuk membuat carian, anda dikehendaki mengisi borang dan bayaran RM 4.00 akan dikenakan bagi tujuan salinan/cabutan.

Terma & Syarat · Dasar Privasi · Dasar Keselamatan · Piagam Pelanggan
Hakcipta Terpelihara ·Jabatan Agama Johor