1. Kad Perakuan Nikah boleh dipohon setelah akad nikah didaftarkan dengan mengemukakan permohonan kepada Pendaftar dengan mengisi borang serta bayaran yang ditetapkan.
  2. Pasangan hendaklah mengemukakan sekeping gambar berukuran Pas Perjalanan (Pass Port), sesalinan Surat Perakuan Nikah dan salinan Kad Pengenalan dan bayaran yang ditetapkan.
  3. Kad Perakuan Nikah akan dikeluarkan sebanyak dua keping kad untuk suami dan isteri.
  4. Jika pasangan telah bercerai kedua-dua kad itu hendaklah diserahkan ke Pejabat Kadi berserta dengan Surat Perakuan Nikah yang asal, kad tersebut akan dikembalikan setelah di potong di mana-mana penjuru kad sebagai tanda telah terbubar perkahwinan.
  5. Mana-mana suami dan isteri yang telah bercerai atau terbubar perkahwinannya dan telah merujuk semula maka ia boleh membuat permohonan Kad Perakuan Nikah yang baharu.
  6. Kad Perakuan Nikah Negeri Johor hanya sah jika dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor sahaja.

 

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan :

  • Salinan kad pengenalan suami dan isteri
  • Salinan Sijil Nikah negeri Johor
  • 2 keping gambar suami (digalakkan bersongkok) dan isteri (bertudung) ukuran passport (latarbelakang biru atau putih) dan Bayaran RM40.00

Bagi Daerah Johor Bahru dan kawasan sekitar permohonan boleh dibuat dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan dan hadir  ke :

Bahagian Undang-Undang Syarak,
Jabatan Agama Islam Negeri Johor,
Aras 2, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
80990 Johor Bahru, Johor.
Tel : 07-2282920 / 07-2282771
Fax : 07-2282919
TEMPOH SIAP : 1 HINGGA 2 JAM.
*Atau ;
*Boleh Mohon Di Mana-Mana Pejabat Kadi Daerah Berhampiran di Negeri Johor.
TEMPOH SIAP : 3 BULAN


Hubungi Kami

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Aras 4, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
Karung Berkunci 725,
80990 Johor Bahru.

Tel : 07 2282900 / 01
Fax : 07 2237873 / 07 2239062
Emel : jaj@johor.gov.my



Laman Facebook

Unable to display Facebook posts.
Show error

Error: (#4) Application request limit reached
Type: OAuthException
Code: 4
Please refer to our Error Message Reference.


Penafian

Jabatan Agama Islam Negeri Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Jumlah Pelawat 106,941

Tarikh Kemaskini : 13 Disember 2018