PENDAHULUAN

  • Permohonan Tauliah Peguam Syarie Negeri Johor diuruskan oleh Bahagian Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Tingkat 2, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor, Jalan Masjid Abu Bakar, Karung Berkunci 725, 80990, Johor Bahru. No. Tel: 07-2282920. emel: uusjohor@gmail.com
  • Tempoh permohonan baru adalah dari awal Januari hingga 30 September setiap tahun.
  • Tempoh pembaharuan Sijil Amalan Guaman Syarie ialah dari Bulan Januari hingga 31 Oktober setiap tahun.
  • Setiap permohonan akan diproses mengikut “Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Johor) 2015”.

KELAYAKAN UNTUK MEMOHON TAULIAH PEGUAM SYARIE NEGERI JOHOR.

2015 (Orang Yang Layak Memohon Sebagai Peguam Syarie)

KAEDAH 9 (Kelayakan sebagai Peguam Syarie)

  • Syarat untuk layak sebagai Peguam Syarie;

(a)Islam;
(b)Warganegara Malaysia
(c)Berkelakuan baik disokong oleh 2 orang pengadil (seorang daripadanya ialah majikan)
(d)Tidak pernah sabit kesalahan oleh Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil
(e)Bukan seorang yang bankrup
(f)Tidak pernah dipecat, hilang kelayakan atau digantung atas sifatnya sebagai Penguambela dan Peguamcara
(g)Memiliki kelayakan akademik –
(i)Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Diploma Pentadbiran Kehakiman Islam atau yang setaraf
(ii)Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Syariah) atau yang setaraf dengannya
(iii)Sekiranya dia seorang Peguambela atau Peguamcara mestilah memiliki Diploma Pentadbiran Kehakiman Islam atau yang setaraf
h)Lulus ujian bertulis atau temuduga sekiranya perlu

  • Sebelum diterima masuk di bawah kaedah (1), pemohon hendaklah menjalan latihan dalam kamar selama enam bulan di mana-mana firman guaman Syarie
  • Latihan dalam kamar hendaklah diselia oleh seorang Peguam Syarie yang sedang dan telah menjalankan amalan secara aktif di Malaysia bagi tempoh tidak kurang daripada 5 tahun

PERBANDINGAN KAEDAH 2015 DENGAN KAEDAH 1982

KEDAH 10, 11, 12 dan 13
(1)Permohonan hendaklah kepada Pengerusi Jawatankuasa menggunakan borang 1 beserta akuan dan salinan dokumen pada Kaedah 10 (2).
2)Tiada kaedah berkaitan nota bantahan oleh Pendakwa Syarie
3)Sekiranya diterima masuk menjadi Peguam Syarie oleh Majlis, akan ditauliahkan:
a)Sijil Peguam Syarie. Fi bayaran RM 500.00
b)Sijil Amalan Guaman Syarie. Fi bayaran RM 100.00
3)Pembaharuan Sijil Amalan Guaman Syarie perlu dibuat kepada Setiausaha Jawatankuasa tidak lewat dari 3 bulan sebelum tamat tempoh sijil.
4)Fi pembaharuan Sijil Amalan Guaman Syarie ialah RM100.00

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN :


Hubungi Kami

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Aras 4, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
Karung Berkunci 725,
80990 Johor Bahru.

Tel : 07 2282900 / 01
Fax : 07 2237873 / 07 2239062
Emel : jaj@johor.gov.my



Laman Facebook

2 days ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Diari lensa BPI
14 Ogos 2018
9.00 Pagi

Mesyuarat Bahagian Pendidikan Islam bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Tuan Hj Md. Rofiki Bin Dato’ Hj A. Shamsudin.
... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

3 days ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Dari 10-19 Ogos 2018 kami berada di Tapak Karnival Belia bertempat di Dataran Pontian..Marilah beramai-ramai singgah ke booth bagi mendapatkan beberapa cenderahati dari kami.... “Marilah Menyumbang untuk Masjid dan Surau serta Beramal Jariah Bersama Kami” ... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

5 days ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Muzakarah Pengamal Tarekat Negeri Johor Tahun 2018 yang telah diadakan sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh : 9 Ogos 2018 bersamaan 27 Zulkaedah 1439 H(Khamis)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Di Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat
... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

1 week ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Assalamualaikum wbt.

Konvenseyen Kepimpinan Orang Asli Islam Peringkat Kebangsaan telah berlangsung 3 hingga 5 Ogos 2018 di Hotel Grand Darul Makmur, Pahang..

Alhamdulillah... Tok Batin Noore Bin Kasi Batin Kampung Orang Asli Simpang Arang Johor Bahru telah diberi Anugerah Kepimpinan Orang Asli Islam Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2018.

Anugerah telah disampaikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Semoga Anugerah ini menjadi pemangkin semangat buat seluruh Masyarakat Orang Asli di Negeri Johor untuk menjadi yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

1 week ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Sekitar "Program Masyarakatku Sayang" Anjuran bersama Bahagian Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Bahagia Penyelidikan JAinj, Pejabat Kadi Daerah Mersing, Pejabat Daerah Mersing, Penduduk Kampung Tanjung Balang Pulau Tinggi Mersing. Program dirasmikan oleh Tuan Haji Md Rofiki bin Dato' A. Shamsudin, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Turut hadir memeriahkan program pada hari ini Yb Dato'Timbalan Mufti Johor, Timbalan Pengarah Operasi & pengurusan, Kadi Besar, Pengerusi Puspanita Jainj, Ketua-ketua Penolong Pengarah, Kadi2 serta tetamu2 yg hadir....
#terimakasihsemua
#terimakasihtokmok
... See MoreSee Less

Lihat di Facebook


Penafian

Jabatan Agama Islam Negeri Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.


Jumlah Pelawat 30,880


Tarikh Kemaskini : 12 Ogos 2018