1. Memberi kefahaman dan penghayatan Islam kepada masyarakat tidak kurang daripada sepuluh (10) kali sebulan bagi setiap daerah.
  2. Memastikan pelaksanaan Program Rasmi Keagamaan Kerajaan di Peringkat Negeri dan Daerah mengikut takwim yang disediakan.
  3. Memproses permohonan dan pendaftaran memeluk Islam dalam masa tujuh (7) hari selepas dokumen lengkap diterima.
  4. Memastikan perlaksanaan Program Saudara Kita dan Orang Asli di Peringkat Negeri dan Daerah mengikut takwim yang disediakan.
  5. Memastikan pelaksanaan lawatan ke hospital dan rumah kebajikan kerajaan dilaksanakan sekurang-kurangnya sepuluh (10) kali sebulan di Peringkat Ibu Pejabat dan Daerah.