1. Mengambil tindakan setiap aduan pelanggan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
  2. Melaksanakan pembayaran dalam tempoh empat belas (14) hari selepas tuntutan terhadap satu perkhidmatan atau bekalan dibuat.
  3. Melaksanakan latihan / kursus Jabatan kepada anggota Jabatan sekurang-kurangnya sepuluh (10) jenis latihan / kursus setahun.
  4. Mengambil tindakan menghantar peserta dari kalangan anggota Jabatan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh menerima kursus / latihan / bengkel / yang berkaitan dari pihak luar.
  5. Setiap aset hendaklah didaftarkan dan diedarkan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pengesahan penerimaan.