Siri pemantauan peserta isbat hafazan bagi daerah Johor Bahru 2023M / 1445H

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Masjid Dan Surau, Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru akan mengadakan siri pemantauan peserta isbat hafazan bagi daerah Johor Bahru 2023M / 1445H sebagaimana ketetapan berikut:

  • Tarikh: 23 Oktober 2023 (Isnin)
  • Masa: 8.00 pagi
  • Tempat: Masjid Kampung Melayu Majidi, Johor

Sehubungan dengan itu, tuan dan puan adalah diwajibkan hadir dalam penilaian pemantauan tersebut. Bagi sesiapa yang tidak hadir pada tarikh berkenaan dianggap tidak berminat dan boleh diberhentikan dari menerima elaun.

Sila bawa kad pengenalan serta penyata bank yang asal dan terkini bagi tujuan kemaskini maklumat. Jasa baik pihak tuan dan puan hadir ke pemantauan ini amatlah kami hargai.
Sekian untuk makluman dan tindakan tuan, terima kasih.