Unit Pembangunan / Penyelenggaraan
Unit | Unit Pembangunan / Penyelenggaraan | ![]() |
Alamat | Aras Bawah, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor, Jalan Masjid Abu Bakar, 80990 Johor Bahru, Johor. | |
Ketua Unit | Puan Farhana Binti Fadzil | |
Nombor Telefon | 07-2076087 | |
Faks | 07-2237873 |
Visi
” Islam Sebagai Cara Hidup ”
Misi
” Menjadikan Jabatan Agama Johor sebagai satu agensi sosial terunggul melalui usaha dan aktiviti yang berterusan serta menyeluruh dalam pembentukan individu yang sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam seluruhnya, bagi melahirkan sebuah masyarakat yang berketerampilan, harmoni, dinamik, cergas, cerdas, berdaya saing, bersatu padu, berakhlak mulia dan memiliki jati diri unggul sebagai pemangkin kepada kesejahteraan ummah dan negara “
Fungsi Utama
- Memeriksa, menyelia dan mengawasi projek-projek penyelenggaraan Pusat Islam Iskandar Johor, Sekolah Agama Kerajaan, Masjid Kerajaan, Masjid dan Surau Kariah, Bangunan Pentadbir Daerah, Kuarter kakitangan, Sekolah Menegah Agama Kerajaan, Tanah perkuburan Islan Daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Mersing serta Sekolah Menengah Agama seluruh Negeri Johor
- Menyediakan laporan pemeriksaan dan anggaran harga kerja mengikut Jadual harga JKR dan harga semasa serta menyediakan dokumen sebutharga/pemberian terus
- Membuat dan menyelia kerja-kerja persiapan Majlis Rasmi Jabtan seperti Hari Maulidur Rasul, Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha dan Majlis Tahlil Rasmi Jabatan
- Memproses penyediaan dan pengeluaran dokumen sebutharga
- Menyemak dan menyedia Penyata Penyesuaian Jabatan dengan Perbendaharaan Negeri Johor
- Menyediakan baucer-baucer bayaran kemajuan Vot P58 Jabtan dan Majlis Agama Johor
- Menyediakan maklumat pembayaran
- Menyediakan laporan harian, bulanan dan tahunan perbelanjaan P58 pembangunan/Majlis Agama Islam Johor
- Menguruskan pembelian kenderaan di bawah Vot P58
- Menyediakan surat tawaran /inden bagi kerja-kerja sebutharga
- Menyediakan baucer amanah dan menyelenggara Buku Tunai/lejar Amanah Pembangunan
- Menyediakan laporan bulanan/tahunan Amanah Pembangunan
- Menyelenggara Buku Daftar Bil