Unit Teknologi Maklumat (ICT)
Unit | Unit Teknologi Maklumat ( ICT ) | ![]() |
Alamat | Aras 1, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor, Jalan Masjid Abu Bakar, 80990 Johor Bahru, Johor. | |
Ketua Unit | Mohd Faizal Bin Husin | |
Nombor Telefon | 07-2076347 | |
Faks | 07-2076325 |
Visi
” Islam Sebagai Cara Hidup ”
Misi
” Menjadikan Jabatan Agama Johor sebagai satu agensi sosial terunggul melalui usaha dan aktiviti yang berterusan serta menyeluruh dalam pembentukan individu yang sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam seluruhnya, bagi melahirkan sebuah masyarakat yang berketerampilan, harmoni, dinamik, cergas, cerdas, berdaya saing, bersatu padu, berakhlak mulia dan memiliki jati diri unggul sebagai pemangkin kepada kesejahteraan ummah dan negara “
Fungsi Utama
- Memantau urusan instalasi bagi membangunankan program-program baru untuk kegunaan sistem komputer jabatan.
- Mengendali, mengembang, mengemaskini serta menyelenggara aplikasi perlatan multimedia dan sistem komputer yang sedia ada mengikut keperluan semasa jabatan.
- Menyelia semua sistem-sistem yang digunapakai di jabatan.
- Menyelia penggunaan sistem emel jabatan dan staff.
- Menyelenggara semua komputer dan memastikan semua berfungsi dengan baik serta mengikut keperluan semasa.
- Bertangungjawab menyelia talian johornet dan menyelenggara talian johornet di semua bahagian/unit di jabatan.
- Menguruskan aduan awam dan staff yang dibuat secara online / kerosakan program / sistem / [eralatan komputer di bawah jabatan.
- membangunkan dan mengemaskini laman web jabatan mengikut keperluan semasa.
- Menyelia pelajar-pelajar jurusan komputer yang menjalani praktikal di jabatan.