• Halaman Utama
  • Piagam Pelanggan
  • Carta Organisasi
  • Lokasi
 
Bahagian Bahagian Pendakwaan
Alamat Bahagian Pendakwaan, Aras Bawah, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor, Jalan Masjid Abu Bakar, Karung Berkunci 725, 80990 Johor Bahru, Johor.
Ketua Jabatan Tuan Haji Zulfahmi bin Buniam
Nombor Telefon 07-2239952
Faks 07-2282948

Visi

" Islam Sebagai Cara Hidup "

Misi

” Menjadikan Jabatan Agama Johor sebagai satu agensi sosial terunggul melalui usaha dan aktiviti yang berterusan serta menyeluruh dalam pembentukan individu yang sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam seluruhnya, bagi melahirkan sebuah masyarakat yang berketerampilan, harmoni, dinamik, cergas, cerdas, berdaya saing, bersatu padu, berakhlak mulia dan memiliki jati diri unggul sebagai pemangkin kepada kesejahteraan ummah dan negara “

Fungsi Utama

  1. Menguruskan proses pendakwaan kes-kes mal dan jenayah syariah berdasarkan peruntukan undang-undang.
  2. Menguruskan notis rayuan atau petisyen rayuan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
  1. Mendaftarkan kes-kes lengkap yang diterima daripada Bahagian Penguatkuasaan yang hendak dituduh di Mahkamah Syariah dalam masa tidak melebihi 30 hari selepas menerima Kebenaran Mendakwa daripada Ketua Pendakwa Syarie.
  2. Memfailkan notis rayuan atau permohonan semakan kes dalam tempoh empat belas (14) hari selepas keputusan perbicaraan.
  3. Memfailkan petisyen rayuan dalam masa sepuluh (10) hari selepas menerima perbicaraan hakim dari mahkamah.