Maklumat Unit
Alamat | Unit Naziran, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Aras 3, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor, Jalan Masjid Abu Bakar, 80990 Johor Bahru, Johor. |
---|---|
No. Telefon | 07-2282932 |
No. Faks | 07-2233178 |
Fungsi Utama
Dasar dan Jaminan Kualiti
- Menyelaras pelaksanaan sistem pengajaran & pembelajaran yang ditetapkan dalam Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam, pekeliling Jabatan Agama Johor (Pendidikan Agama) dan Peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan.
- Mengawalselia Institusi Pendidikan Agama, guru, murid dan kumpulan sokongan mengikut penguatkuasaan peruntukan undang-undang di bawah akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor (2003).
- Merancang, melaksana, menilai dan mengekalkan jaminan kualiti melalui program inovasi dan prestasi sekolah.
Operasi
- Merancang, menyelaras, memantau dan menyedia takwim tahunan, aktiviti, lawatan, pemantauan, anggaran belanjawan, laporan belanjawan dan kertas kerja berkaitan Jemaah Nazir Sekolah Agama Kerajaan Johor.
- Menyedia, menyelia instrumen pemeriksaan Sekolah.
- Membuat laporan dan cadangan yang perlu kepada Timbalan Pengarah Pendidikan Agama berdasarkan kepada hasil pemeriksaan & penyiasatan ke atas mana-mana Institusi Pendidikan Agama di bawah kawalan Pendidikan Agama, Jabatan Agama Johor.