Unit Naziran
Unit | Unit Naziran | ![]() |
Alamat | Aras 3, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor, Jalan Masjid Abu Bakar, 80990 Johor Bahru, Johor. | |
Ketua Unit | Ustaz Haji Hesamuddin bin Mohd Tahir | |
Nombor Telefon | 07-2282932 | |
Faks | 07-2233178 |
Visi
” Islam Sebagai Cara Hidup ”
Misi
” Menjadikan Jabatan Agama Johor sebagai satu agensi sosial terunggul melalui usaha dan aktiviti yang berterusan serta menyeluruh dalam pembentukan individu yang sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam seluruhnya, bagi melahirkan sebuah masyarakat yang berketerampilan, harmoni, dinamik, cergas, cerdas, berdaya saing, bersatu padu, berakhlak mulia dan memiliki jati diri unggul sebagai pemangkin kepada kesejahteraan ummah dan negara “
Fungsi Utama
Dasar dan Jaminan Kualiti
- Menyelaras pelaksanaan sistem pengajaran & pembelajaran yang ditetapkan dalam Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam, pekeliling Jabatan Agama Johor (Pendidikan Agama) dan Peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan.
- Mengawalselia Institusi Pendidikan Agama, guru, murid dan kumpulan sokongan mengikut penguatkuasaan peruntukan undang-undang di bawah akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor (2003).
- Merancang, melaksana, menilai dan mengekalkan jaminan kualiti melalui program inovasi dan prestasi sekolah.
Operasi
- Merancang, menyelaras, memantau dan menyedia takwim tahunan, aktiviti, lawatan, pemantauan, anggaran belanjawan, laporan belanjawan dan kertas kerja berkaitan Jemaah Nazir Sekolah Agama Kerajaan Johor.
- Menyedia, menyelia instrumen pemeriksaan Sekolah.
- Membuat laporan dan cadangan yang perlu kepada Timbalan Pengarah Pendidikan Agama berdasarkan kepada hasil pemeriksaan & penyiasatan ke atas mana-mana Institusi Pendidikan Agama di bawah kawalan Pendidikan Agama, Jabatan Agama Johor.