Unit Unit Penapisan Media
Alamat Aras 1, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor, Jalan Masjid Abu Bakar, 80990 Johor Bahru, Johor.
Ketua Unit Ustaz Haji Khalil Bin Satar
Nombor Telefon 07-2076392
Faks 07-2076395

Visi

” Islam Sebagai Cara Hidup ”

Misi

” Menjadikan Jabatan Agama Johor sebagai satu agensi sosial terunggul melalui usaha dan aktiviti yang berterusan serta menyeluruh dalam pembentukan individu yang sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam seluruhnya, bagi melahirkan sebuah masyarakat yang berketerampilan, harmoni, dinamik, cergas, cerdas, berdaya saing, bersatu padu, berakhlak mulia dan memiliki jati diri unggul sebagai pemangkin kepada kesejahteraan ummah dan negara “

Fungsi Utama

  1. Menerima aduan orang awam berkaitan ayat Al-Quran yang mengandungi kesalahan dan dipandang hina yang terdapat pada bahan terbitan Islam.
  2. Melaksanakan aktiviti pelupusan Al-Quran dan naskah, teks yang berkaitan dengan agama bagi tujuan pelupusan secara patuh syarie.
  3. Mengadakan Operasi pemantauan penjualan bahan terbitan Islam yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan kesucian Islam.
  4. Menapis dan memantau media sosial serta aktiviti-aktiviti yang mengandungi bahan terbitan yang bercanggah.