DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar perkenan pelantikan Dato’ Haji Yahya Ahmad sebagai Mufti Johor dan Haji Ahmad Faisal Mohamed sebagai Timbalan Mufti Johor yang baharu.

Dato’ Yahya sebelum ini menyandang jawatan sebagai Timbalan Mufti Johor menggantikan Dato’ Haji Mohd Tahrir Samsudin yang bersara.

Manakala, Haji Ahmad Faisal Mohamed sebelum ini menyandang jawatan sebagai Kadi Besar Johor.

Dato’ Yahya dan Haji Ahmad mengangkat sumpah jawatan di hadapan Tuanku Sultan Ibrahim dalam majlis penyerahan Watikah Pelantikan Dan Ikrar Taat Setia Mufti dan Timbalan Mufti Negeri Johor di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene di Johor Bahru hari ini (13 November).

Berangkat sama YAM Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan YAM Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.