eDakwah & Tarbiyah
Program Keraian Islam merupakan program-program tahunan yang dianjurkan berkaitan sambutan hari kebesaran Islam dan majlis-majlis rasmi (Agama) Kerajaan Negeri Johor.
BIL | NAMA PROGRAM | HURAIAN |
1 | PERUJIAN MENGHAFAZ AL- QURAN
SARINGAN ZON 1 (J.BAHRU, PONTIAN, K.TINGGI, MERSING & KULAIJAYA) |
Program ini dijalankan untuk mencari pelapis tahfiz muda rakyat Johor untuk dibawa ke pertandingan peringkat Negeri Johor. |
2 | PERUJIAN MENGHAFAZ AL- QURAN
SARINGAN ZON 2 (MUAR, B.PAHAT, SEGAMAT, KLUANG & LEDANG) |
Program ini dijalankan untuk mencari pelapis tahfiz muda rakyat Johor untuk dibawa ke pertandingan peringkat Negeri Johor. |
3 |
MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT NEGERI |
Program ini dijalankan untuk mencari pelapis tahfiz muda rakyat Johor untuk dibawa ke pertandingan peringkat Kebangsaan. |
4 |
MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT NEGERI |
Program ini dijalankan untuk mencari pelapis Qari dan Qariah rakyat Johor untuk dibawa ke pertandingan kebangsaan. |
5 |
KURSUS TAHSIN TILAWAH AL- QURAN PERINGKAT NEGERI |
Program ini untuk memberi latihan kepada peserta Qari dan Qariah negeri Johor untuk bertanding di peringkat negeri Johor. |
6 | KURSUS TAHSIN
PESERTA TAHFIZ AL-QURAN UNTUK KE PERINGKAT KEBANGSAAN |
Program ini untuk memantapkan peserta tahfiz muda negeri Johor untuk dibawa ke peringkat kebangsaan. |
7 | KURSUS TAHSIN PERUJIAN AL-QURAN UNTUK KE PERINGKAT
KEBANGSAAN |
Program ini untuk memantapkan Qari dan Qariah negeri Johor untuk dibawa ke peringkat kebangsaan. |
8 |
FORUM KEPUTERAAN |
Forum perdana yang dianjurkan bersempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor untuk masyarakat awam negeri Johor bagi membincangkan isu-isu semasa agama negeri Johor. |
9 |
SAMBUTAN ISRA’ & MIKRAJ |
Program keagamaan yang dianjurkan di masjid negeri Johor dengan aktiviti-aktiviti kerohanian seperti solat berjemaah, majlis bacaan yassin dan tahlil serta ceramah Isra’ dan Mikraj bagi memperingati perjuangan baginda Nabi Muhammad saw. |
10 |
FESTIVAL NASYID |
Program yang meningkatkan martabat nasyid sebagai satu kaedah penyampaian dakwah islam kepada masyarakat. |
11 | MAJLIS BACAAN YAASIN DAN TAHLIL SAMBUTAN
MAAL HIJRAH 1438H |
Program bacaan Doa awal tahun dan akhir tahun serta bacaan yassin dan tahlil bersempena Maal Hijrah. |
12 | PELANCARAN
SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1439H |
Majlis rasmi yang dianjurkan dengan aktiviti-aktiviti kerohanian seperti ceramah perdana berkaitan dengan sambutan Maal Hijrah. |
13 |
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1439H |
Program keagaaman bersempana hari Keputeraan Baginda Nabi Muhammad saw di masjid-masjid kerajaan setiap daerah. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan seperti perarakan, bacaan berzanji, bacaan tilawah Al-Quran dan ceramah perdana. |
Program-program yang berkaitan hal ehwal dakwah dan sebaran Islam kepada semua lapisan masyarakat di negeri Johor.
BIL | NAMA PROGRAM | HURAIAN |
1 | SEBARAN ISLAM | Program berbentuk ceramah, syarahan dan forum atau apa-apa bentuk penyampaian ajaran Islam kepada setiap lapisan masyarakat. |
2 | KEMBARA DAKWAH | Program keagamaan kepada golongan masyarakat dengan aktiviti-aktiviti kerohanian seperti selawat, Ceramah dan Tafaqquh Kitab. |
3 | KURSUS KEFAHAMAN ISLAM | Kursus sehari yang dianjurkan kepada golongan masyarakat yang terdiri daripada Pemimpin Masyarakat, Kakitangan Kerajaan dan masyarakat awam. Kursus yang dijalankan berbentuk ceramah atau forum dengan membawa isu-isu seperti berikut :
Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Syiah dan Wahabi Penghayatan seorang muslim terhadap rukun Islam, Iman dan Ihsan. Kesatuan, Perpaduan dan persaudaraan adalah tuntutan fardu kifayah. Zikrullah menyucikan hati dan minda umat. |
4 | KEMBARA CINTA ILMU | Program tafaquh Kitab yang akan dijalankan di masjid- masjid setiap daerah dengan sasaran kepada masyarakat setempat. |
5 | STREET DAKWAH | Program Dakwah secara santai kepada masyarakat Islam dan Bukan Islam. Di antara aktiviti yang dijalankan seperti Busking, Tazkirah santai, kaji selidik dan cenderahati. |
7 | DAKWAH MEDIA SOSIAL | Menyampaikan Mesej dakwah melalui media seperti Radio dan media sosial kepada masyarakat Islam dan Bukan Islam. |
Program-program yang berkaitan hal ehwal dakwah dan sebaran Islam kepada semua lapisan masyarakat di negeri Johor.
BIL | NAMA PROGRAM | HURAIAN |
1 | MAJLIS PENGURNIAAN BUNGKUSAN HARI RAYA KEPADA PESAKIT HOSPITAL KERAJAAN DAN RUMAH KEBAJIKAN NEGERI JOHOR | Program ini merupakan anjuran JAINJ, MAINJ, Hospital Kerajaan dan Rumah Kebajikan di bawah kerajaan Negeri Johor. Program ini merupakan sumbangan dan bungkusan sempena Menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang disempurnakan oleh DYMM Permaisuri Johor dalam bulan Ramadhan pada setiap tahun. |
2 | PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH | Program ini merupakan satu program yang dianjurkan oleh JAINJ kepada masyarakat setempat bagi memperkasakan pemahaman dan kaedah dalam mengurus jenazah. |
3 | IBADAH MESRA PESAKIT | Program ini dianjurkan untuk membantu pesakit kaedah wudu’, tayammum dan kaedah menunaikan solat ketika sakit. |
4 | ZIARAH KASIH | Program ini dianjurkan sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan JAINJ kepada pesakit-pesakit di rumah, OKU, Ibu Tunggal dan Fakir Miskin. |