Halaman Utama Bahagian Penguatkuasaan
Bahagian | Bahagian Penguatkuasaan | ![]() ![]() |
Alamat | Bahagian Penguatkuasaan, Aras Bawah, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor, Jalan Masjid Abu Bakar, Karung Berkunci 725, 80990 Johor Bahru, Johor. | |
Ketua Bahagian | Ustaz Haji Dzulkifli Bin Mohamed | |
Nombor Telefon | 07-2076423 | |
Faks | 07-2076421 |
Visi
” Syariat Allah Dijunjung, undang-undang dihormati ”
Misi
” Mewujudkan masyarakat yang memahami, menghormati dan mematuhi peraturan dan undang-undang syariah demi kesejahteraan ummah dan negara “
Fungsi Utama
- Menerima dan menyiasat aduan yang disampaikan oleh pengadu dan memasukkan segala aduan ke dalam Borang 5
- Membuat risikan dan intipan atas maklumat yang diterima
- Mengadakan pameran dan memberi taklimat serta kursus penguatkuasaan
- Mengadakan program di Jabatan-Jabatan Kerajaan, swasta dan sekolah-sekolah di seluruh negeri Johor.
- Mengetuai operasi harian, bersama dan bersepadu dengan agensi-agensi kerajaan
- Bertanggungjawab menghubungi dan mendapatkan bantuan pihak-pihak dan agensi lain dalam melaksanakan operasi bersepadu
- Bertanggungjawab memastikan peralatan operasi adalah mencukupi dan sempurna
- Menyusun jadual operasi berkala dan jadual menghantar OKT ke penjara serta memastikan kelancaran perjalanan
- Bertanggungjawab dalam memastikan perlaksanaan waran tangkap dari Mahkamah Syariah Dalam Negeri dan Mahkamah Syariah Luar Negeri.
- Menerima tangkapan, dokumen-dokumen tangkapan dan barang-barang kes dari unit operasi untuk tujuan siasatan lanjut
- Melantik Pegawai Penyiasat untuk membuka fail siasatan
- Menyemak kertas siasatan dan dokumen berkaitan di dalam fail siasatan untuk dirujukkan ke Bahagian Pendakwaan
- Memastikan OYDS tidak di tahan melebihi tempoh yang dibenarkan dan diberi bon jaminan setelah selesai siasatan
- Memastikan fail siasatan dan barang kes dijaga dengan selamat di dalam jagaan pegawai penyiasat