Pejabat Pejabat Kadi Johor Bahru
Alamat Pejabat Kadi Johor Bahru, Aras 2, Balok B, Pusat Islam Iskandar Johor, Jalan Masjid Abu Bakar, Karung Berkunci 725, 80990 Johor Bahru, Johor.
Ketua Jabatan As Sheikh Haji Dzulkafli bin Mohamad
Nombor Telefon 07-2282940 / 07-2282939
Faks 07-2233502

Visi

” Islam Sebagai Cara Hidup ”

Misi

” Menjadikan Pejabat Kadi Johor Bahru sebagai satu agensi sosial terunggul melalui usaha dan aktiviti yang berterusan serta menyeluruh dalam pembentukan individu yang sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam seluruhnya, bagi melahirkan sebuah masyarakat yang berketerampilan, harmoni, dinamik, cergas, cerdas, berdaya saing, bersatu padu, berakhlak mulia dan memiliki jati diri unggul sebagai pemangkin kepada kesejahteraan ummah dan negara “

Fungsi Utama

  1. Menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan pentadbiran, perkhidmatan, latihan, perjawatan dan pengurusan harta modal jabatan.
  2. Menguruskan dan mengawal selia peruntukan kewangan jabatan termasuk pembayaran emolumen, elaun dan pembekalan.
  3. Menguruskan dan mengawal selia peruntukan pembangunan dan kerja-kerja yang berkaitan dengan pembangunan di bawah bidang kuasa jabatan.
  4. Menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan sistem pengurusan kualiti jabatan.
  5. Menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan permohonan pernikahan, penceraian dan rujuk orang Islam di Negeri Johor.
  6. Menguruskan permohonan tauliah bagi juru nikah, penceramah, guru takmir dan peguam syarie.
  7. Menguruskan hal ehwal berkaitan dengan dakwah dan sebaran Islam kepada masyarakat Islam di Negeri Johor.
  8. Menguruskan majlis-majlis kebesaran Islam dan majlis rasmi keagamaan di Negeri Johor.
  9. Menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan permohonan memeluk Islam, kelas dan kebajikan Saudara Kita.
  10. Menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan kebajikan pesakit dan lawatan ke hospital kerajaan dan rumah kebajikan kerajaan di Negeri Johor.
  11. Menguruskan hal ehwal berkaitan dengan sesi khidmat nasihat, statistik aduan, latihan pegawai dan kakitangan serta laporan sesi khidmat nasihat.
  12. Merancang dan melaksanakan program pembangunan keluarga di Peringkat Negeri dan Daerah.
  13. Merancang dan melaksanakan program pembangunan sosial di Peringkat Negeri dan Modul Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM.
  14. Menguruskan aduan dan membuat kajian terhadap ajaran dan amalan yang bertentangan dengan akidah ahli sunnah wal jamaah.
  15. Memberi khidmat nasihat kepada individu atau kumpulan yang berfahaman bertentangan dengan akidah ahli sunnah wal jamaah.
  16. Menganjurkan kursus dan seminar yang berkaitan dengan akidah ahli sunnah wal jamaah.
  17. Menguruskan aduan dan membuat penapisan media dan bahan terbitan berunsurkan Islam.
  18. Menguruskan program-program pengimarahan masjid kerajaan.
  19. Menguruskan penyediaan dan penerbitan khutbah, tafsir dan hadis.
  20. Menguruskan pelantikan jawatankuasa masjid dan surau kariah.
  21. Menguruskan pembangunan dan latihan pegawai masjid dan surau.
  22. Menguruskan Tabung Pembangunan Masjid Negeri Johor.
  23. Menguruskan permohonan peruntukan pembangunan masjid dan surau Negeri Johor.
  24. Merancang dan melaksanakan program pencegahan jenayah syariah.
  25. Menerima aduan dan membuat operasi yang melibatkan kesalahan jenayah syariah.
  26. Melaksanakan siasatan terhadap kes-kes mal dan jenayah syariah.
  27. Menguruskan proses pendakwaan kes-kes mal dan jenayah syariah berdasarkan peruntukan undang-undang.
  28. Menguruskan notis rayuan atau petisyen rayuan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Hubungi Kami

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Aras 4, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
Karung Berkunci 725,
80990 Johor Bahru.

Tel : 07 2282900 / 01
Fax : 07 2237873 / 07 2239062
Emel : jaj@johor.gov.my



Laman Facebook

2 weeks ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

08 Januari 2019 : Lawatan Tapak Projek Konservasi Masjid Sultan Abu Bakar JB dan Masjid Temenggong, Telok Blangah, Singapura oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Turut hadir wakil JKR Negeri Johor dan Pegawai-Pegawai JAINJ. ... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

2 weeks ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

06 Januari 2019 : Majlis Perhimpunan Pagi Bulan Januari dan Amanat YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor kepada semua warga kerja Pusat Islam Iskandar Johor di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor. Majlis ini turut dihadiri oleh Dato Mufti Negeri Johor, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor dan juga Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri Johor. Beliau telah menyampaikan Amanat kepada semua warga kerja Pusat Islam Iskandar Johor. ... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

4 weeks ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

27/12/2018 : Alhamdulillah telah selamat berlangsung Majlis Pelancaran Aplikasi Boost e-Wallet yang dirasmikan oleh YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan,Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor serta Penyerahan Mo-Check kepada Masjid dan Surau yang layak menerima bantuan sesi ke-3 Tahun 2018 di Dewan Jubli Intan,Sultan Ibrahim,Tangkak... ... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

1 month ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor
Majlis Perisytiharan Keputusan Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) Peringkat Negeri Johor Tahun 2018
... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

1 month ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

13/12/2018 : Seminar Kesedaran Halal Peringkat Negeri Johor 2018 Anjuran Bahagian Halal JAINJ di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor, Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Program ini telah dirasmikan olah Tuan Haji Md Rofiki bin Haji A.Shamsudin, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor. ... See MoreSee Less

Lihat di Facebook


Penafian

Jabatan Agama Islam Negeri Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Jumlah Pelawat 133,397

Tarikh Kemaskini : 20 Januari 2019