Pejabat Pejabat Kadi Kulai
Alamat Pejabat Kadi Kulai, No. 2929, Jalan Merbau 3, Bandar Putra, 81000 Kulai, Johor.
Ketua Jabatan As Sheikh Haji Sulaiman bin Maidin
Nombor Telefon 07-5992576 / 07-5995602
Faks 07-5994532

Visi

” Islam Sebagai Cara Hidup ”

Misi

” Menjadikan Pejabat Kadi Kulai sebagai satu agensi sosial terunggul melalui usaha dan aktiviti yang berterusan serta menyeluruh dalam pembentukan individu yang sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam seluruhnya, bagi melahirkan sebuah masyarakat yang berketerampilan, harmoni, dinamik, cergas, cerdas, berdaya saing, bersatu padu, berakhlak mulia dan memiliki jati diri unggul sebagai pemangkin kepada kesejahteraan ummah dan negara “

Fungsi Utama

  1. Menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan pentadbiran, perkhidmatan, latihan, perjawatan dan pengurusan harta modal jabatan.
  2. Menguruskan dan mengawal selia peruntukan kewangan jabatan termasuk pembayaran emolumen, elaun dan pembekalan.
  3. Menguruskan dan mengawal selia peruntukan pembangunan dan kerja-kerja yang berkaitan dengan pembangunan di bawah bidang kuasa jabatan.
  4. Menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan sistem pengurusan kualiti jabatan.
  5. Menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan permohonan pernikahan, penceraian dan rujuk orang Islam di Negeri Johor.
  6. Menguruskan permohonan tauliah bagi juru nikah, penceramah, guru takmir dan peguam syarie.
  7. Menguruskan hal ehwal berkaitan dengan dakwah dan sebaran Islam kepada masyarakat Islam di Negeri Johor.
  8. Menguruskan majlis-majlis kebesaran Islam dan majlis rasmi keagamaan di Negeri Johor.
  9. Menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan permohonan memeluk Islam, kelas dan kebajikan Saudara Kita.
  10. Menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan kebajikan pesakit dan lawatan ke hospital kerajaan dan rumah kebajikan kerajaan di Negeri Johor.
  11. Menguruskan hal ehwal berkaitan dengan sesi khidmat nasihat, statistik aduan, latihan pegawai dan kakitangan serta laporan sesi khidmat nasihat.
  12. Merancang dan melaksanakan program pembangunan keluarga di Peringkat Negeri dan Daerah.
  13. Merancang dan melaksanakan program pembangunan sosial di Peringkat Negeri dan Modul Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM.
  14. Menguruskan aduan dan membuat kajian terhadap ajaran dan amalan yang bertentangan dengan akidah ahli sunnah wal jamaah.
  15. Memberi khidmat nasihat kepada individu atau kumpulan yang berfahaman bertentangan dengan akidah ahli sunnah wal jamaah.
  16. Menganjurkan kursus dan seminar yang berkaitan dengan akidah ahli sunnah wal jamaah.
  17. Menguruskan aduan dan membuat penapisan media dan bahan terbitan berunsurkan Islam.
  18. Menguruskan program-program pengimarahan masjid kerajaan.
  19. Menguruskan penyediaan dan penerbitan khutbah, tafsir dan hadis.
  20. Menguruskan pelantikan jawatankuasa masjid dan surau kariah.
  21. Menguruskan pembangunan dan latihan pegawai masjid dan surau.
  22. Menguruskan Tabung Pembangunan Masjid Negeri Johor.
  23. Menguruskan permohonan peruntukan pembangunan masjid dan surau Negeri Johor.
  24. Merancang dan melaksanakan program pencegahan jenayah syariah.
  25. Menerima aduan dan membuat operasi yang melibatkan kesalahan jenayah syariah.
  26. Melaksanakan siasatan terhadap kes-kes mal dan jenayah syariah.
  27. Menguruskan proses pendakwaan kes-kes mal dan jenayah syariah berdasarkan peruntukan undang-undang.
  28. Menguruskan notis rayuan atau petisyen rayuan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Hubungi Kami

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Aras 4, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
Karung Berkunci 725,
80990 Johor Bahru.

Tel : 07 2282900 / 01
Fax : 07 2237873 / 07 2239062
Emel : jaj@johor.gov.my



Laman Facebook

6 days ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Kami dari Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor mengucapkan salam takziah kepada keluarga adik Akmal Haziq bin Abdullah (10 tahun) yang telah kembali ke rahmatullah di kelas 2 Al Kamil Sekolah Agama Taman Pulai Indah pada hari Selasa 9/10/2018
Turut hadir menziarahi keluarga Allahyarham :
1. YB Tn Hj Aminolhuda bin Hassan (Exco Agama)
2. Tn Hj M. Rofiki bin Dato Kiyai Hj A Shamsuddin (Pengarah JAINJ)
3) Tn Hj Anoar bin Sarimin (TPPA BPI JAINJ)
4) Ustaz Sulaiman bin Aziz (PPID Kulai)
Semoga rohnya terus ditempatkan ke syurga bersama para syuhada & solihin

Aminnn... Alfatihah
... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

6 days ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Simposium Kaunseling Islam 2018 anjuran Bahagian Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Johor & Pusat Islam UTHM di Dewan Tunku Mahkota Ismail UTHM Batu Pahat Johor pada 9 OKT 2018. Majlis Dirasmukan oleh YB Tuan hj Aminolhuda bin Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam & Pendidikan Negeri Johor... ... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

7 days ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor
Lihat di Facebook

Forum Pemantapan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh : 9 Oktober 2018 bersamaan 29 Muharam 1440H (Selasa)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Ledang

Ahli Panel:
1. Assyeikh Hj Mohd Fahami Bin Samad
(Kadi Daerah Muar)
2. Assyeikh Hj Mohd Taufik Bin Dato' Kiyai Hj Shamsuddin (Kadi Daerah Kluang)
3. Assyeikh Hj Mohd Nasri Bin Rahman
(Kadi Daerah Tangkak)

Anjuran bersama Pejabat Kadi Daerah Tangkak dan KKTM Ledang

Muslimin dan muslimat di jemput hadir.
... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

2 weeks ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

04 Oktober 2018 : Majlis Perhimpunan Pagi dan Pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah diadakan di Pusat Islam Iskandar Johor, Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan diiringi oleh Tuan Haji Rofiki bin Haji A. Samsudin, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Beliau Mengucapkan Tahniah kepada semua kakitangan JAINJ serta seluruh kakitangan Pejabat Kadi daerah dan Pejabat Pendidikan Islam daerah yang telah melaksanakan EKSA ini. ... See MoreSee Less

Lihat di Facebook


Penafian

Jabatan Agama Islam Negeri Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Jumlah Pelawat 67,390

Tarikh Kemaskini : 16 Oktober 2018