Pejabat Pejabat Kadi Tangkak
Alamat Pejabat Kadi Tangkak, Jalan Hassan Masjid Jamek, 80200 Tangkak, Johor.
Ketua Jabatan As Sheikh Haji Mohd Nasri bin Rahman
Nombor Telefon 06-9786795 / 06-9786792
Faks 06-9766366

Visi

” Islam Sebagai Cara Hidup ”

Misi

” Menjadikan Pejabat Kadi Tangkak sebagai satu agensi sosial terunggul melalui usaha dan aktiviti yang berterusan serta menyeluruh dalam pembentukan individu yang sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam seluruhnya, bagi melahirkan sebuah masyarakat yang berketerampilan, harmoni, dinamik, cergas, cerdas, berdaya saing, bersatu padu, berakhlak mulia dan memiliki jati diri unggul sebagai pemangkin kepada kesejahteraan ummah dan negara “

Fungsi Utama

  1. Menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan pentadbiran, perkhidmatan, latihan, perjawatan dan pengurusan harta modal jabatan.
  2. Menguruskan dan mengawal selia peruntukan kewangan jabatan termasuk pembayaran emolumen, elaun dan pembekalan.
  3. Menguruskan dan mengawal selia peruntukan pembangunan dan kerja-kerja yang berkaitan dengan pembangunan di bawah bidang kuasa jabatan.
  4. Menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan sistem pengurusan kualiti jabatan.
  5. Menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan permohonan pernikahan, penceraian dan rujuk orang Islam di Negeri Johor.
  6. Menguruskan permohonan tauliah bagi juru nikah, penceramah, guru takmir dan peguam syarie.
  7. Menguruskan hal ehwal berkaitan dengan dakwah dan sebaran Islam kepada masyarakat Islam di Negeri Johor.
  8. Menguruskan majlis-majlis kebesaran Islam dan majlis rasmi keagamaan di Negeri Johor.
  9. Menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan permohonan memeluk Islam, kelas dan kebajikan Saudara Kita.
  10. Menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan kebajikan pesakit dan lawatan ke hospital kerajaan dan rumah kebajikan kerajaan di Negeri Johor.
  11. Menguruskan hal ehwal berkaitan dengan sesi khidmat nasihat, statistik aduan, latihan pegawai dan kakitangan serta laporan sesi khidmat nasihat.
  12. Merancang dan melaksanakan program pembangunan keluarga di Peringkat Negeri dan Daerah.
  13. Merancang dan melaksanakan program pembangunan sosial di Peringkat Negeri dan Modul Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM.
  14. Menguruskan aduan dan membuat kajian terhadap ajaran dan amalan yang bertentangan dengan akidah ahli sunnah wal jamaah.
  15. Memberi khidmat nasihat kepada individu atau kumpulan yang berfahaman bertentangan dengan akidah ahli sunnah wal jamaah.
  16. Menganjurkan kursus dan seminar yang berkaitan dengan akidah ahli sunnah wal jamaah.
  17. Menguruskan aduan dan membuat penapisan media dan bahan terbitan berunsurkan Islam.
  18. Menguruskan program-program pengimarahan masjid kerajaan.
  19. Menguruskan penyediaan dan penerbitan khutbah, tafsir dan hadis.
  20. Menguruskan pelantikan jawatankuasa masjid dan surau kariah.
  21. Menguruskan pembangunan dan latihan pegawai masjid dan surau.
  22. Menguruskan Tabung Pembangunan Masjid Negeri Johor.
  23. Menguruskan permohonan peruntukan pembangunan masjid dan surau Negeri Johor.
  24. Merancang dan melaksanakan program pencegahan jenayah syariah.
  25. Menerima aduan dan membuat operasi yang melibatkan kesalahan jenayah syariah.
  26. Melaksanakan siasatan terhadap kes-kes mal dan jenayah syariah.
  27. Menguruskan proses pendakwaan kes-kes mal dan jenayah syariah berdasarkan peruntukan undang-undang.
  28. Menguruskan notis rayuan atau petisyen rayuan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Hubungi Kami

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Aras 4, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
Karung Berkunci 725,
80990 Johor Bahru.

Tel : 07 2282900 / 01
Fax : 07 2237873 / 07 2239062
Emel : jaj@johor.gov.my



Laman Facebook

4 hours ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Iklan Pengambilan Guru Tahfiz (PSH) Kerajaan Johor
Muat Turun Di Sini : bpi.johor.gov.my/index.php/2016-04-21-09-31-10/borang
Tarikh tutup permohonan : 08 OKTOBER 2018 (ISNIN)
... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

9 hours ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Kenyataan Tender : Menerbit, Mencetak Dan Membekal Kitab Darjah 4 & TAJ SAKJ
Tarikh Mulai Dijual : 24 September 2018 (Isnin) 10.00 Pagi
Tarikh Tutup Tender : 14 Oktober 2018 (Ahad) 12.00 T/hari
... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

9 hours ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Kenyataan Tender : Membekal & Menghantar Perabot SAKJ
Tawaran mulai dijual : 23 September 2018 (AHAD)
Tarikh tutup tender : 14 OKTOBER 2018 (AHAD) sebelum 12.00 tengahari
... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

3 days ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Majlis Perasmian Surau Kampung Orang Asli Tanjung Tuan, Mersing telah disempurnakan Perasmiannya oleh Tuan Haji Md. Rofiki Bin Dato Haji A. Shamsudin, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Majlis telah berlangsung pada 23 September 2018 (Ahad) jam 3.00 Petang di Surau Kampung Orang Asli Tanjung Tuan, Mersing.

Alhamdulillah.. Semoga dengan adanya surau ini, Syiar Islam akan terus berkembang maju di Perkampungan Orang Asli Negeri Johor.
... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

1 week ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor
'Live Facebook'

Pementasan Teater Lukman Al Hakim Sempena Sambutan 100 Tahun Pendidikan Islam Negeri Johor Darul Ta'zim

#100tahunpendidikanislamnegerijohor
... See MoreSee Less

Lihat di Facebook


Penafian

Jabatan Agama Islam Negeri Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Jumlah Pelawat 56,779

Tarikh Kemaskini : 24 September 2018