- Kad Perakuan Nikah boleh dipohon setelah akad nikah didaftarkan dengan mengemukakan permohonan kepada Pendaftar dengan mengisi borang serta bayaran yang ditetapkan.
- Pasangan hendaklah mengemukakan sekeping gambar berukuran Pas Perjalanan (Pass Port), sesalinan Surat Perakuan Nikah dan salinan Kad Pengenalan dan bayaran yang ditetapkan.
- Kad Perakuan Nikah akan dikeluarkan sebanyak dua keping kad untuk suami dan isteri.
- Jika pasangan telah bercerai kedua-dua kad itu hendaklah diserahkan ke Pejabat Kadi berserta dengan Surat Perakuan Nikah yang asal, kad tersebut akan dikembalikan setelah di potong di mana-mana penjuru kad sebagai tanda telah terbubar perkahwinan.
- Mana-mana suami dan isteri yang telah bercerai atau terbubar perkahwinannya dan telah merujuk semula maka ia boleh membuat permohonan Kad Perakuan Nikah yang baharu.
- Kad Perakuan Nikah Negeri Johor hanya sah jika dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor sahaja.
Dokumen-dokumen yang diperlukan:
- Salinan kad pengenalan suami dan isteri
- Salinan Sijil Nikah negeri Johor
- Dua (2) keping gambar suami (digalakkan bersongkok)
- Dua (2) keping gambar suami (digalakkan bersongkok) ( Berukuran Passport)
- Dua (2) keping isteri bertudung (Ukuran Passport)
- Bayaran pemprosesan RM40.00
Permohonan boleh dibuat dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan dan hadir ke mana-mana Pejabat Kadi Daerah berhampiran di negeri Johor.

