- Merancang, menyelaras urusan pentadbiran, melaksanakan pembangunan fizikal dan sumber manusia dengan pengurusan yang bersistem, berkesan serta berkualiti
- Menguatkuasakan undang-undang agama Islam secara efisien di dalam melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar.
- Merancang, menyelaras dan mentadbir pengurusan Institusi Pendidikan Agama Islam Negeri Johor bagi melahirkan insan kamil
- Merancang program-program pembangunan institusi keluarga bahagia mengikut hukum syarak dan Undang-undang Keluarga Islam Johor.
- Melahirkan sebuah masyarakat yang memahami dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar dengan memberi kefahaman Islam kepada semua lapisan masyarakat melalui penyebaran, pengembangan dan pemeliharaan kesucian Agama Islam.
- Mengurus proses pengeluaran dan pematuhan terhadap sijil pengesahan halal malaysia (SPHM) serta aduan halal bagi memastikan produk dan barang gunaan terjamin halal, suci, selamat dimakan dan digunakan
- Merancang dan menyelaras Hal Ehwal Pengurusan Masjid dan Surau Negeri Johor sebagai pusat pembangunan rohani dan perpaduan ummah bagi mewujudkan institusi masjid yang cemerlang
- Membuat kajian dan penilaian terhadap isu Hal Ehwal Islam Negeri Johor yang berkaitan dengan aqidah, syariah, moral, sosial, bahan-bahan terbitan, dan lain-lain
- Melaksanakan dasar yang diputuskan oleh Majlis Agama Islam dan Kerajaan serta mengikut peraturan-peraturan yang terkandung dalam enakmen-enakmen yang berkaitan dengan Agama Islam Negeri Johor

