Sejarah Penubuhan

Merujuk Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor tahun 1897, fasal 28, Jemaah Menteri telah diinstitusikan secara bertulis. Berikutan itu, rombakan besar dalam struktur pentadbiran kerajaan Johor telah dilakukan. Diantara Jabatan baru yang diwujudkan ialah Jabatan Agama dan Pelajaran (Ecliastical And Education Department ). YM Ungku Mohd Khalid bin Daeng Ibrahim telah diperkenan menjadi Yang Dipertua Jabatan Agama dan Pelajaran. Dari segi tarafnya, Jabatan tersebut boleh disifatkan bertaraf kementerian apabila beliau dilantik menjadi Ahli Jemaah Menteri. Sebagai agensi kerajaan, Jabatan Agama dan Pelajaran mempunyai satu jawatan eksekutif yang terpenting iaitu Setiausaha. Orang pertama menyandang jawatan itu ialah Mohd Khalid bin Haji Abdul Munshi dalam tahun 1906. Bahagian Pelajaran dipisahkan sebagai satu Jabatan yang berasingan. Pada tahun 1918, organisasi Jabatan Agama dapat digambarkan seperti berikut :

  • Yang Dipertua Jabatan ( Ungku Omar Ahmad), Pentadbiran Am (Naib Yang Dipertua Jabatan Ungku Abdul Rahman) Pejabat Mufti, (Syed Abdul Kadir Mokhsen),
  • Pejabat Kadi (Haji Mohd Nasir bin Haji Salim), Bilal-Imam (daerah-daerah), Kadi Batu Pahat dan Kadi Muar.

Manakala struktur organisasi Jabatan Agama Johor pada tahun 1921 adalah seperti berikut :

Struktur pentadbiran Jabatan Agama Johor dan Pelajaran kelihatan lebih teratur dan tersusun, begitu juga pengkhususan tugasan jika dibandingkan dengan keadaan di akhir abad ke-19. Pada abad tersebut untuk menentukan awal Ramadan, ia wajib ditentukan oleh tiga orang tokoh agama. Contohnya, puasa pada 1 Ramadan 1302 Hijrah disahkan oleh Hakim Haji Mohd Salleh selaku “Syeikhul Islam Johor” dan Mufti Syed Salim bin Ahmad Al-Attas. Agak sukar ditemui peranan Syeikhul Islam di Johor tetapi peranan Pejabat Mufti pula jelas, iaitu bertanggungjawab menegeluarkan tauliah mengajar agama Islam kepada guru-guru agama. Manakala Pejabat Kadi selaku Pendaftar cerai dan rujuk juga bertanggungjawab kepada soal-soal masjid dan kakitangannya. Antara jentera Jabatan Agama Johor yang penting iaitu Jawatankuasa Pelajaran Agama yang bertanggungjawab kepada perkara-perkara berikut:

  • Pentadbiran dan Penubuhan Sekolah Agama termasuk Sekolah-sekolah Arab.
  • Peperiksaan Sekolah Agama
  • Pengambilan guru-guru agama dan menyelesaikan masalah guru agama termasuk kenaikan pangkat.
  • Sukatan Pelajaran Agama Islam
  • Menyemak kitab-kitab

Berdasarkan peranan Jawatankuasa Majlis dan Jawatankuasa Pelajaran Agama Johor, satu rumusan dibuat iaitu kedua-dua jawatankuasa itu merupakan nadi yang menggerakkan Jabatan Agama Johor. Kedua-dua jawatankuasa tersebut adalah badan penggubal dasar manakala Jabatan Agama melalui pengawai-pegawainya sebagai saluran pelaksanaan dasar dan keputusan kedua-dua jawatankuasa itu.

Evolusi Jabatan Agama Islam Negeri Johor

  • 1895

    Keterangan

    Jabatan Agama dan Pelajaran Johor ditubuhkan dengan Engku Muhd Khalid sebagai Yang DiPertua yang pertama.

  • 1900

    Keterangan

    2 Februari 1900 bersamaan 1 Syawal 1317H, Masjid Sultan Abu Bakar mula digunakan. Masjid ini mula dibina pada 26 Julai 1892M.

    1900

  • 1906

    Keterangan

    Jabatan Agama Johor (JAJ) diasingkan dengan Jabatan Pelajaran Johor. Terdiri dari tiga Bahagian utama iaitu Pejabat Mufti (permasalahan fatwa dan hukum syarak), Pejabat Kadi Besar (Mahkamah Syariah, urusan nikah cerai dan ruju’, zakat, baitulmal dan wakaf, tanah kubur, masjid, mualaf, pejabat kadi daerah dan tauliah) dan Pemeriksa Hal-Hal Agama (pemantau perkembangan agama Islam).

  • 1924

    Keterangan

    Mewujudkan jawatan Pemeriksa Pengetahuan Agama Kerajaan di bawah Pemeriksa Hal-Hal Agama, untuk membantu JAIJ melaksanakan siasatan berhubung salah laku dan penyelewengan syariat Islam.

    1924

  • 1925

    Keterangan

    1 Mac 1925 Majlis Agama Islam Johor ditubuhkan oleh DYMM Sultan Johor. Yang DiPertua Jabatan Agama Johor dilantik sebagai Setiausaha MAIJ, sebagai tanda JAJ berada di bawah MAIJ.

  • 1941

    Keterangan

    Semasa penjajahan Jepun, JAJ dikenali sebagai Pre Dai Toa Senso. Gabenor Jepun di Johor telah menyusun keahlian JAJ iaitu Yang DiPertua sebagai Pengerusi, Mufti sebagai Timbalan Pengerusi, Kadi Besar, Menteri Besar dan lain-lain wakil dari daerah-daerah dalam Negeri Johor.

    1941

  • 1947

    Keterangan

    Pada 1 Julai 1947, pentadbiran Sekolah Agama Johor telah diambil alih semula oleh JAJ yang sebelumnya berada di bawah pentadbiran Jabatan Pelajaran Johor. Sekolah Agama Johor ini mengandungi Sekolah Agama Kerajaan, Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Arab.

  • 1956

    Keterangan

    Badan Penerangan Agama dengan pentadbirannya diketuai oleh Yang DiPertua sebagai Pengerusi, Pengelola Penerangan sebagai Setiausaha dan Bendahari oleh Pembantu Kewangan JAJ. Fungsi Badan ini adalah untuk gerakan menyebarkan dakwah Islam.

    1956

  • 1960

    Keterangan

    Mulai bulan Julai 1960, nama JAJ telah ditukar kepada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ). Diperkemaskan pentadbiran JAIJ, dipimpin oleh Yang DiPertua, Setiausaha JAIJ, Pejabat Mufti dan Pejabat Kadi Besar.

  • 1973

    Keterangan

    28 Mac 1973 Kerajaan Negeri telah bersetuju dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan untuk membina sebuah Pusat Islam Johor (PIJ).

    1973

  • 1989

    Keterangan

    JAIJ (Blok A) siap dibina dengan kos RM17 Juta. Pejabat Pengarah dan Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam di tingkat 5. Tingkat 4 Bahagian Pentadbiran dan Kewangan. Tingkat 3 Pejabat Mufti dan Pejabat Kadi Besar. Tingkat 2 meliputi Bahagian Pendidikan, Badan Penerangan Agama dan Majlis Agama Islam Negeri Johor. Tingkat 1 meliputi Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru dan Bahagian Penyelidikan. Aras bawah mengandungi Perpustakaan Pusat Islam, Bahagian
    Penguatkuasaan dan Pendakwaan; dan Mahkamah Syariah. Blok A ini juga mengandungi Dewan Besar PIJ yang boleh memuatkan 1200 orang dalam satu masa.

  • 1992

    Keterangan

    JAIJ telah disusun semula pentadbirannya oleh Kerajaan menjadi lapan bahagian iaitu Pentadbiran dan kewangan, Mufti, Kadi Besar, Penerangan Agama, Penyelidikan, Pendidikan Agama, Penguatkuasaan dan Pendakwaan; dan Mahkamah Syariah. Penerangan Agama ini ditukar nama kepada Bahagian Dakwah dan jawatan Pengelola Penerangan ditukar kepada Ketua Penolong Pengarah.

    1992

  • 1996

    Keterangan

    Mahkamah Syariah telah diasingkan dari JAIJ dengan penubuhan Jabatan Kehakiman Syariah Johor.

  • 1998

    Keterangan

    1 Januari 1998, Bahagian Pembangunan Keluarga telah diwujudkan, terbit dari Unit Khidmat Nasihat di bawah Pejabat Kadi Besar. Bahagian ini diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah. Fungsi bahagian ini ialah Khidmat Nasihat dan program-program kekeluargaan. Bahagian ini beroperasi di dataran Pusat Islam Johor.

    Pada 1 Oktober 1998, jawatan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan telah diwujudkan untuk mengetuai Bahagian Penyelidikan yang mengandungi tiga fungsi utama iaitu akidah syariah, media dan pengurusan Halal.

    Pada 21 Oktober 1998, Bahagian Pengurusan Masjid diwujudkan dengan diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah. Dua unit dari Bahagian Dakwah iaitu Unit Takmir dan Unit Qariah diletakkan di bawah bahagian ini. Imam Besar dari Masjid Sultan Abu Bakar juga diletakkan di bawah bahagian ini. Fungsi lain bahagian ini ialah pembangunan latihan dan masjid kerajaan, khutbah. Bahagian ini beroperasi di tingkat 2 dan 3 PIJ.

    1998

  • 2002

    Keterangan

    Pejabat Mufti telah diasingkan dari pentadbiran JAIJ dan ditubuhkan Jabatan Mufti Johor.

  • 2004

    Keterangan

    Blok B Pusat Islam Johor telah siap dibina dengan kos RM15 Juta. Bangunan 5 tingkat ini mengandungi Majlis Agama Islam Johor di Tingkat 5. Tingkat 3 dan 4 Bahagian Pendidikan. Tingkat 4 Bahagian Pembangunan Keluarga. Tingkat 2 Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru. Tingkat 1 Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Pendakwaan Syariah. Semua bahagian dan Pejabat yang dinyatakan ini, asalnya berada di Blok A, dipindahkan operasinya dari Blok A ke Blok B PIJ.

    Pejabat dan bahagian yang beroperasi di Blok A telah diatur semula iaitu Tingkat 5 kekal operasinya sebagai pejabat Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam dan Pengarah. Tingkat 4 pejabat Timbalan Pengarah Pengurusan dan Bahagian Khidmat Pengurusan. Tingkat 3 Jabatan Mufti Johor. Tingkat 2 Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Syariah dan Bahagian Dakwah. Tingkat 1 Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau dan Bahagian Penyelidikan. Aras bawah Bahagian Pembangunan, Bilik Mesyuarat Utama, Bilik Multimedia, dan ruang solat untuk lelaki dan perempuan.

    2004

  • 2006

    Keterangan

    Pada Jun 2006, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor siap dibina dengan kos RM30.8 Juta. Bangunan 7 tingkat ini menempatkan Pejabat Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru dan Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru, berpindah dari Blok A Pusat Islam Johor.

  • 2007

    Keterangan

    Pada 28 Ogos 2007M bersamaan 15 Syaaban 1428H, Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar telah merasmikan Pusat Islam Johor yang kemudiannya dikenali sebagai Pusat Islam Iskandar Johor.

    Pentadbiran JAIJ telah di struktur semula oleh Kerajaan dengan diselaraskan fungsinya kepada sepuluh (10) bahagian iaitu Khidmat Pengurusan, Pendidikan Islam, Pentadbiran Undang-Undang Syariah, Dakwah, Pengurusan Masjid dan Surau, Penyelidikan, Pembangunan Keluarga dan Sosial, Penguatkuasaan dan
    Pendakwaan Syarie. Melalui penstrukturan semula ini wujud jawatan Timbalan Pengarah Operasi dan Timbalan Pengarah Pengurusan untuk membantu Pengarah.

    2007

  • 2008

    Keterangan

    1 Jan 2008 Daerah Kulaijaya diisytiharkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar sebagai daerah baru di Negeri Johor. Pengisytiharan ini turut mewujudkan Pejabat Kadi Daerah Kulaijaya yang ke sembilan diketuai oleh Kadi Daerah Kulaijaya.

    9 Jun 2008 Daerah Ledang diisytiharkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar sebagai daerah baru di Negeri Johor di Dataran Ledang, Tangkak.  Pengisytiharan ini turut mewujudkan Pejabat Kadi Daerah Ledang yang ke sepuluh diketuai oleh Kadi Daerah Ledang.

  • 2015

    Keterangan

    Pada 1 Januari 2015, telah diwartakan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) (Pindaan) 2014 yang menyatakan Pengarah JAIJ tidak lagi memegang jawatan sebagai Setiausaha MAIJ. Jawatan Setiausaha MAIJ disandang oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIJ.

    Pada 1 Disember 2015, jawatan Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Islam dinaikkan kepada Timbalan Pengarah Pendidikan Agama Islam. Ini menjadikan JAIJ memiliki tiga timbalan Pengarah iaitu Pengurusan, Operasi dan Pendidikan Islam.

    Pada 7 Disember 2015 Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim telah berkenan nama Daerah Kulaijaya dan Daerah Ledang ditukar nama kepada Daerah Kulai dan Daerah Tangkak. Dengan perubahan nama daerah ini, nama Pejabat Kadi Daerah berkenaan turut bertukar kepada Pejabat Kadi Daerah Kulai dan Pejabat Kadi Daerah Tangkak.

    2015

  • 2016

    Keterangan

    Pada 1 Oktober 2016, Unit Pengurusan Halal di Bahagian Penyelidikan telah dinaik taraf kepada Bahagian Pengurusan Halal menjadi salah satu bahagian di JAIJ dengan diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah. Fungsinya diperkasakan, selain daripada pengeluaran sijil halal, diwujudkan juga fungsi audit dan pemeriksaan sijil halal, pemantauan sijil halal dan tauliah sembelihan.

  • 2020

    Keterangan

    Pada 1 Januari 2020, Bahagian Pendakwaan Syariah telah diasingkan dari pentadbiran JAIJ dan ditubuhkan Jabatan Pendakwaan Syarie Negeri Johor.

    2020