Visi & Misi

Visi

Islam Sebagai Cara Hidup

Misi

Menjadikan Jabatan Agama Johor sebagai satu agensi sosial terunggul melalui usaha dan aktiviti yang berterusan serta menyeluruh dalam pembentukan individu yang sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam seluruhnya, bagi melahirkan sebuah masyarakat yang berketrampilan, harmoni, dinamik, cergas, cerdas, berdaya saing, bersatu padu, berakhlak mulia dan memiliki jati diri unggul sebagai pemangkin kepada kesejahteraan ummah dan negara

Objektif

  • Melahirkan masyarakat Madani yang menjadikan Islam suatu cara hidup yang sempurna serta memahami dan menghayati ajaran Islam yang terkandung dalam al-Quran dan al- Sunnah

  • Menegakkan keadilan mengikut hukum-hukum Islam dan bidang kuasa yang diperuntukkan di dalam undang-undang

  • Memelihara kesucian agama Islam, penganutnya dan institusi-institusi keagamaan daripada ancaman, penyelewengan dan pencerobohan.

  • Meningkatkan mutu pengetahuan, kemahiran dan penghayatan Islam secara bersistematik, efisien dan berkesan.

  • Menyemarakkan pembangunan fizikal, kerohanian dan spiritual dalam melahirkan individu, keluarga dan ummah yang berketrampilan, agresif dan proaktif.

Fungsi

  1. Merancang, menyelaras urusan pentadbiran, melaksanakan pembangunan fizikal dan sumber manusia dengan pengurusan yang bersistem, berkesan serta berkualiti.
  2. Menguatkuasakan undang-undang agama Islam secara efisien di dalam melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar.
  3. Merancang, menyelaras dan mentadbir pengurusan Institusi Pendidikan Agama Islam Negeri Johor bagi melahirkan insan kamil.
  4. Merancang program-program pembangunan institusi keluarga bahagia mengikut hukum syarak dan Undang-undang Keluarga Islam Johor.
  5. Melahirkan sebuah masyarakat yang memahami dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar dengan memberi kefahaman Islam kepada semua lapisan masyarakat melalui penyebaran, pengembangan dan pemeliharaan kesucian Agama Islam.
  6. Mengurus proses pengeluaran dan pematuhan terhadap sijil pengesahan halal malaysia (SPHM) serta aduan halal bagi memastikan produk dan barang gunaan  terjamin halal, suci, selamat dimakan dan digunakan.
  7. Merancang dan menyelaras Hal Ehwal Pengurusan Masjid dan Surau Negeri Johor sebagai pusat pembangunan rohani dan perpaduan ummah bagi mewujudkan institusi masjid yang cemerlang.
  8. Membuat kajian dan penilaian terhadap isu Hal Ehwal Islam Negeri Johor yang berkaitan dengan aqidah, syariah, moral, sosial, bahan-bahan terbitan, dan lain-lain.
  9. Melaksanakan dasar yang diputuskan oleh Majlis Agama Islam dan Kerajaan serta mengikut peraturan-peraturan yang terkandung dalam enakmen-enakmen yang berkaitan dengan Agama Islam Negeri Johor.