28 Ogos 2019 : Majlis Meraikan Ketibaan Jemaah Haji Rombongan Kerajaan Negeri Johor(RKJ) bagi tahun 1440H/2019M di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor. Jemaah telah selamat mendarat pada jam 6.55 petang. Rombongan disambut oleh YAB Dato’ Dr. Sahrudin Bin Haji Jamal, Menteri Besar Johor dan di iringi oleh Dato’ Mufti Negeri Johor, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Johor serta pegawai-pegawai kerajaan yang lain.