1 Septembaer 2019 : Majlis Pelancaran Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Johor Tahun 1441H telah diadakan pada 1 Muharram 1441H bersamaan 1 September 2019M, Ahad, bertempat di Dewan Besar, Pusat Islam Iskandar Johor Majlis ini telah disempurnakan Perasmian oleh YAB Dato’ Dr. Sahrudin Bin Haji Jamal, Menteri Besar Johor. Pada Majlis ini telah menganugerahkan 4 orang penerima iaitu; Penerima Anugerah Maal Hijrah Peringkat Negeri Johor Tahun 1441H / 2019M dianugerahkan kepada Tuan Haji Ishak Bin Haji Abd Hamid, Mantan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Johor, Dari Daerah Kluang. Penerima Anugerah Maal Hijrah Saudara Kita Lelaki Peringkat Negeri Johor Tahun 1441H / 2019M dianugerahkan kepada Encik Muhammad Azri Ganesh Bin Abdullah, Dari Daerah Johor Bahru. Penerima Anugerah Maal Hijrah Saudara Kita Perempuan Peringkat Negeri Johor Tahun 1441H / 2019M dianugerahkan kepada Puan Salina Teo Binti Abdullah, Dari Daerah Muar Penerima Anugerah Maal Hijrah Orang Asli Peringkat Negeri Johor Tahun 1441H / 2019M dianugerahkan kepada Haji Amri Bin Ahmad, Dari Daerah Pontian. Tahniah dan Syabas diucapkan.   TEMA: NEGARA RAHMAH UMMAH SEJAHTERA