Majlis ini telah diadakan oleh Bahagian Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam Negeri Johor dengan kerjasama Persatuan Peguam Syarie Negeri Johor, pada 3 Januari 2019 bertempat di Dewan Muzakarah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor.

Seramai 180 orang Peguam Syarie yang menerima Sijil Amalan Guaman Syarie Negeri Johor telah hadir untuk menerima sijil tersebut pada hari berkenaan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Aminolhuda Bin Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor dan beliau telah menyampaikan sijil berkenaan kepada semua Peguam Syarie.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Haji Md. Rofiki Bin Dato Haji Shamsuddin, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Hakim-Hakim Mahkamah Syariah, Kadi-Kadi Daerah, Pegawai-Pegawai Agama Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan dif-dif jemputan yang lain.

Untuk makluman, Sijil Amalan Guaman Syarie ini perlu diperbaharui secara tahunan oleh mereka yang yang memiliki Sijil Peguam Syarie Negeri Johor, sesuai dengan Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Johor) 2015. Fi pembaharuan Sijil Amalan Guaman Syarie ini hendaklah diperbaharui sebelum atau pada 31 Oktober setiap tahun.