06 Januari 2019 : Majlis Perhimpunan Pagi Bulan Januari  dan Amanat YB Tuan Haji Aminol Huda bin Haji Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor kepada semua warga kerja Pusat Islam Iskandar Johor di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor. Majlis ini turut dihadiri oleh Dato Mufti Negeri Johor, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor dan juga Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri Johor. Beliau telah menyampaikan Amanat kepada semua warga kerja Pusat Islam Iskandar Johor.