04 Oktober 2018 : Majlis Perhimpunan Pagi dan Pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah diadakan di Pusat Islam Iskandar Johor, Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan di iringi oleh Tuan Haji Rofiki bin Haji A. Samsudin, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Beliau Mengucapkan Tahniah kepada semua kakitangan JAINJ serta seluruh kakitangan Pejabat Kadi daerah dan Pejabat Pendidikan Islam daerah yang telah melaksanakan EKSA ini.