20 JUN 2019 : Majlis Ramah Mesra Sempena Hari Bertemu Pelanggan Pusat Islam Iskandar Johor dan penyampaian sumbangan kepada asnaf  sempena Hari Raya Aidilfitri 1440h yang telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Tosrin bin Jarvanthi, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Johor dan bersama Dato’ Haji Rofiki bin Dato’ Haji A. Samsudin, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Turut hadir menjadi tetamu VIP ialah Dato’ Haji Azmi bin Rohani , Dato Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang sudi datang memeriahkan lagi majlis ini. Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran kakitangan jabatan-jabatan yang dijemput serta orang awam. kami mengucapkan ribuan terima kasih dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin..