26 April 2019 (Jumaat) : Majlis Zikir Perdana Tazkiyah Nafs Peringkat Negeri Johor Tahun 2019M/1440H telah disempurnakan majlisnya oleh YAB Dato’ Dr Sharudin Bin Haji Jamal, Menteri Besar Johor  di Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat.

Turut hadir YB Tuan Haji Tosrin Bin Jarvanthi, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Johor,
YB Tuan Mohd Khuzzan Bin Abu Bakar, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor, YB SS Dato’ Haji Yahya Bin Ahmad, Mufti Negeri Johor, YB Dato’ (Dr) Haji Nooh bin Gadot, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, YB Dato’ Haji Md Rofiki Bin Dato’ Haji Shamsuddin, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, YB Dato’ Dr Badrul Hisham bin Kassim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor, YB Dato’ Haji Noh bin Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, YBhg Tuan Haji Zulkiflie bin Abbas, Pegawai Daerah Batu Pahat, As-Sheikh Hj Muhammad Husni Tamrin bin Md Sharif, Kadi Daerah Batu Pahat, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Daerah serta Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Majlis dimulakan dengan Bacaan Ratib dipimpin oleh Dr Hj Azman bin Mohsin, Ketua Penolong Pengarah Zakat, Wakaf dan Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Johor bersama Persatuan-Persatuan Tarekat dari seluruh daerah negeri Johor dan kemuncaknya di mantapkan dengan penganjuran Forum Perdana Hal Ehwal Islam.