28 Oktober 2018 : Muzakarah Pemegang Tauliah Mengajar dan Memberi Syarahan Agama Islam Negeri Johor bagi tahun 2018 di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor yang telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor. Majlis ini telah dihadiri oleh semua pemegang tauliah mengajar dan memberi syarahan agama Islam dari semua daerah di dalam negeri Johor.