24 Januari 2019 : Muzakarah Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk (Jurunikah) Negeri Johor Tahun 2019 oleh Bahagian Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Seramai 198 daripada 223 orang Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Negeri Johor yang menerima tauliah bagi sesi 2019 hingga 2021 hadir pada muzakarah ini yang telah diadakan pada 24 Januari 2019 di Dewan Muzakarah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor.

Muzakarah ini telah diisi dengan pembentangan kertas kerja bertajuk “Peranan Jurunikah Menurut Perspektif Majlis Agama Islam Negeri Johor” oleh Yang Berhormat Dato Nooh bin Gadut, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Kertas Kerja kedua bertajuk “Isu-Isu Berkaitan Jurunikah Negeri Johor” oleh Sohibus Samahah Haji Ahmad Faisal Bin Mohamed, Timbalan Mufti Negeri Johor.

Majlis perasmian dan penyerahan tauliah telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Haji Md. Buranuddin bin Haji Tibek, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Negeri Johor selaku wakil rasmi Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Muzakarah ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Amat Arif Dato Haji Amir Bin Danuri Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor, Al-Syeikh Tuan-Tuan Kadi Daerah serta Pegawai-Pegawai Agama Jabatan Agama Islam Negeri Johor.