• Halaman Utama
  • Piagam Pelanggan
  • Lokasi
 
Pejabat Pejabat Pendidikan Islam Johor Bahru
Alamat Pejabat Pendidikan Islam Johor Bahru, Jalan Larkin Perdana, 80200 Johor Bahru, Johor.
Ketua Jabatan Ustaz Haji Abu Sani bin Kalam
Nombor Telefon 07-2228885
Faks 07-2221255

Visi

" Islam Sebagai Cara Hidup "

Misi

” Menjadikan Pejabat Pendidikan Islam Johor Bahru sebagai satu agensi sosial terunggul melalui usaha dan aktiviti yang berterusan serta menyeluruh dalam pembentukan individu yang sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam seluruhnya, bagi melahirkan sebuah masyarakat yang berketerampilan, harmoni, dinamik, cergas, cerdas, berdaya saing, bersatu padu, berakhlak mulia dan memiliki jati diri unggul sebagai pemangkin kepada kesejahteraan ummah dan negara “

Fungsi Utama

  1. Merancang pembangunan dan dasar pendidikan Islam di Negeri Johor.
  2. Menguruskan kemasukan murid ke Sekolah Agama Kerajaan Johor.
  3. Menguruskan pemilihan dan kemasukan pelajar ke Sekolah Menengah Agama / Maahad Johor dan Maahad Tahfiz Negeri Johor.
  4. Menguruskan kurikulum bagi sekolah di bawah tadbiran Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
  5. Menguruskan peperiksaan bersijil bagi sekolah di bawah tadbiran Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
  6. Menguruskan latihan dan pembangunan kerjaya pegawai dan guru dibawah seliaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
  7. Menguruskan skim pinjaman kitab bagi Sekolah Agama Kerajaan Johor.
  8. Menguruskan naziran dan pemeriksaan berkala bagi memastikan segala dasar dan peraturan yang ditetapkan dipatuhi dan dilaksanakan.
  1. Memproses permohonan bagi kemasukan:
    1. Darjah Satu ke SAKJ dalam tempoh empat (4) bulan daripada tarikh tutup permohonan.
    2. Tingkatan Satu ke SMAKJ dan tingkatan enam ke MJ dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh tutup permohonan.
  2. Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan mengikut sukatan yang ditetapkan.
  3. Mengeluarkan keputusan peperiksaan bersijil dalam tempoh sepuluh (10) minggu selepas peperiksaan dijalankan.
  4. Mengeluarkan Sijil SDEA dan SDKA dalam masa enam (6) bulan selepas tamat tarikh rayuan.
  5. Memastikan setiap murid Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) menerima Skim Pinjaman Kitab (SPK) pada hari pertama sesi persekolahan.
  6. Membuat penaziran SAKJ / SMAN / R (SABK) sekurang-kurangnya 70 kali setahun.
 

Hubungi Kami

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Aras 4, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
Karung Berkunci 725,
80990 Johor Bahru.

Tel : 07 2282900 / 01
Fax : 07 2237873 / 07 2239062
Emel : jaj@johor.gov.my



Laman Facebook

2 weeks ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

08 Januari 2019 : Lawatan Tapak Projek Konservasi Masjid Sultan Abu Bakar JB dan Masjid Temenggong, Telok Blangah, Singapura oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Turut hadir wakil JKR Negeri Johor dan Pegawai-Pegawai JAINJ. ... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

2 weeks ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

06 Januari 2019 : Majlis Perhimpunan Pagi Bulan Januari dan Amanat YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor kepada semua warga kerja Pusat Islam Iskandar Johor di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor. Majlis ini turut dihadiri oleh Dato Mufti Negeri Johor, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor dan juga Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri Johor. Beliau telah menyampaikan Amanat kepada semua warga kerja Pusat Islam Iskandar Johor. ... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

4 weeks ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

27/12/2018 : Alhamdulillah telah selamat berlangsung Majlis Pelancaran Aplikasi Boost e-Wallet yang dirasmikan oleh YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan,Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor serta Penyerahan Mo-Check kepada Masjid dan Surau yang layak menerima bantuan sesi ke-3 Tahun 2018 di Dewan Jubli Intan,Sultan Ibrahim,Tangkak... ... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

1 month ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor
Majlis Perisytiharan Keputusan Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) Peringkat Negeri Johor Tahun 2018
... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

1 month ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

13/12/2018 : Seminar Kesedaran Halal Peringkat Negeri Johor 2018 Anjuran Bahagian Halal JAINJ di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor, Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Program ini telah dirasmikan olah Tuan Haji Md Rofiki bin Haji A.Shamsudin, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor. ... See MoreSee Less

Lihat di Facebook


Penafian

Jabatan Agama Islam Negeri Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Jumlah Pelawat 133,428

Tarikh Kemaskini : 20 Januari 2019