• Halaman Utama
  • Piagam Pelanggan
  • Lokasi
 
Pejabat Pejabat Pendidikan Islam Muar
Alamat Pejabat Pendidikan Islam Muar, Jalan Haji Abdullah, 84000 Muar, Johor.
Ketua Jabatan Ustaz Abdul Salam bin Ali
Nombor Telefon 06-9515525
Faks 06-9534873

Visi

" Islam Sebagai Cara Hidup "

Misi

” Menjadikan Pejabat Pendidikan Islam Muar sebagai satu agensi sosial terunggul melalui usaha dan aktiviti yang berterusan serta menyeluruh dalam pembentukan individu yang sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam seluruhnya, bagi melahirkan sebuah masyarakat yang berketerampilan, harmoni, dinamik, cergas, cerdas, berdaya saing, bersatu padu, berakhlak mulia dan memiliki jati diri unggul sebagai pemangkin kepada kesejahteraan ummah dan negara “

Fungsi Utama

  1. Merancang pembangunan dan dasar pendidikan Islam di Negeri Johor.
  2. Menguruskan kemasukan murid ke Sekolah Agama Kerajaan Johor.
  3. Menguruskan pemilihan dan kemasukan pelajar ke Sekolah Menengah Agama / Maahad Johor dan Maahad Tahfiz Negeri Johor.
  4. Menguruskan kurikulum bagi sekolah di bawah tadbiran Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
  5. Menguruskan peperiksaan bersijil bagi sekolah di bawah tadbiran Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
  6. Menguruskan latihan dan pembangunan kerjaya pegawai dan guru dibawah seliaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
  7. Menguruskan skim pinjaman kitab bagi Sekolah Agama Kerajaan Johor.
  8. Menguruskan naziran dan pemeriksaan berkala bagi memastikan segala dasar dan peraturan yang ditetapkan dipatuhi dan dilaksanakan.
  1. Memproses permohonan bagi kemasukan:
    1. Darjah Satu ke SAKJ dalam tempoh empat (4) bulan daripada tarikh tutup permohonan.
    2. Tingkatan Satu ke SMAKJ dan tingkatan enam ke MJ dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh tutup permohonan.
  2. Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan mengikut sukatan yang ditetapkan.
  3. Mengeluarkan keputusan peperiksaan bersijil dalam tempoh sepuluh (10) minggu selepas peperiksaan dijalankan.
  4. Mengeluarkan Sijil SDEA dan SDKA dalam masa enam (6) bulan selepas tamat tarikh rayuan.
  5. Memastikan setiap murid Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) menerima Skim Pinjaman Kitab (SPK) pada hari pertama sesi persekolahan.
  6. Membuat penaziran SAKJ / SMAN / R (SABK) sekurang-kurangnya 70 kali setahun.