BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau warganegara Malaysia yang telah menetap
di Negeri Johor tidak kurang 3 (tiga) tahun berturut-turut dan berumur tidak
kurang 18 tahun dan tidak melebihi 58 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah
dipelawa memohon jawatan sebagaimana berikut:

Nama Jawatan : GURU KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA)
Taraf Jawatan : SAMBILAN
Elaun Tetap : RM 900.00 (3 jam X 3 hari seminggu)

Syarat-syarat kelayakan
1. Warganegara Malaysia
2. Kelulusan :
a) SPM/SPMV mempunyai sekurang-kurangnya EMPAT (4) kepujian
termasuk Bahasa Melayu, Pendidikan Islam Teras / Syariah Islamiah /
Pendidikan Al-Qur’an Dan Sunnah; dan
b) Lulus Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab Komunikasi di peringkat SPM;
dan
c) Lulus Sijil DARJAH KHAS AGAMA sekurang-kurangnya pangkat DUA
atau
d) LULUS sijil Sekolah Menengah Agama yang di diktiraf oleh Lembaga
Peperiksaan Agama Johor (LPAJ) – SMRA/SMA/STAM dan yang setaraf
dengannya.

CARA-CARA MEMOHON
1. Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN JAWATAN GURU
KAFA yang boleh didapati di:
1.1) Seksyen Pengurusan KAFA, Bahagian Pendidikan Islam,
Blok B, Ting 3, Pusat Islam Iskandar Johor
1.2) Semua Pejabat Pendidikan Islam Daerah
1.3) Muat turun di link dibawah.
2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan gambar terkini pemohon
berukuran passport dan juga SALINAN dokumen yang telah diakui sah. Salinan
dokumen yang perlu di lampirkan adalah :
2.1 Sijil Kelahiran Pemohon
2.2 Kad Pengenalan Pemohon
2.3 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
2.4 Sijil Sekolah Agama seperti di perkara 2 (c) atau 2 (d).
3. Permohonan yang tidak lengkap akan di TOLAK.
4. Permohonan hendaklah dihantar kepada:

SEKSYEN PENGURUSAN SEKOLAH RENDAH (SPSR),
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM,
TING 3, BLOK B,
PUSAT ISLAM ISKANDAR JOHOR,
JALAN MASJID ABU BAKAR,
80990 JOHOR BAHRU JOHOR
(u/p : Permohonan Jawatan Guru KAFA)

5. Tarikh tutup permohonan : 27 SEPTEMBER 2018 (KHAMIS) sebelum 3.00 petang
Catatan :
i) Hanya calon yang layak selepas tapisan akan dipanggil temuduga

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN :


Hubungi Kami

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Aras 4, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
Karung Berkunci 725,
80990 Johor Bahru.

Tel : 07 2282900 / 01
Fax : 07 2237873 / 07 2239062
Emel : jaj@johor.gov.my



Laman Facebook

4 days ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Makluman mengenai Sekolah Agama Bersepadu (SRAB). ... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

PROGRAM MELARUTKAN ABU AL-QURAN YANG TELAH DIRASMIKAN OLEH YB TUAN HJ AMINOLHUDA BIN HJ HASSAN PENGERUSI JAWATANKUASA AGAMA ISLAM DAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR PADA 14-15 APRIL 2019 DI PULAU SIBU MERSING JOHOR. TURUT HADIR YB DATO HJ MD ROFIKI BIN DATO HJ A. SAMSUDIN, PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR DAN TUAN ASMAN SHAH BIN ABD RAHMAN, PEGAWAI DAERAH MERSING.

ANTARA TENTATIF PROGRAM SELAMA 2 HARI :
- ZIARAH MAHABBAH RUMAH KE RUMAH
- PENYERAHAN BANTUAN ASNAF SERAMAI 16 KELUARGA
- FORUM EHWAL ISLAM

JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPAKAN KEPADA :
1. PEJABAT DAERAH MERSING
2. PEJABAT KADI DAERAH MERSING
3. PEJABAT TANAH DAERAH MERSING
4. JABATAN TAMAN LAUT SULTAN ISKANDAR
5. KOMANDER GGK22
6. MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH MERSING
7. KELAB SKUBA PAINJ
8. KAMPUNG DUKU PULAU SIBU

ACARA MEMUNCAK IALAH MELARUTKAN ABU DENGAN KAEDAH SELAM SKUBA. YB EXCO JUGA TURUT SERTA TURUN KE DASAR LAUT BG PROGRAM MELARUTKAN ABU AL-QURAN. SEBANYAK 125 BATA ABU YANG DILARUTKAN.
... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

PROGRAM MELARUTKAN ABU AL-QURAN DAN FORUM EHWAL ISLAM YANG DIRASMIKAN OLEH YB TUAN HJ AMINOLHUDA BIN HJ HASSAN, PENGERUSI JAWATANKUASA AGAMA ISLAM DAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR PADA 14-15 APRIL 2019 DI PULAU SIBU NEGERI JOHOR. TURUT HADIR YB DATO' HJ MD ROFIKI BIN DATO' HJ A SAMSUDIN (PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR) DAN TUAN ASMAN SHAH BIN ABD RAHMAN (PEGAWAI DAERAH MERSING) SERTA ISTERI KEPADA YB EXCO AGAMA.

ANTARA TENTATIF SEPANJANG 2 HARI :-
1. ZIARAH MAHABBAH RUMAH KE RUMAH PENDUDUK PULAU.
2. PENYERAHAN BANTUAN ASNAF SERAMAI 16 KELUARGA.
3. FORUM EHWAL ISLAM.

ACARA KEMUNCAK ADALAH PROGRAM MELARUTKAN ABU AL-QURAN SEBANYAK 120 BATA (120 KG) MENGGUNAKAN KAEDAH SELAM SKUBA OLEH PEGAWAI-PEGAWAI AGAMA NEGERI JOHOR. YB EXCO AGAMA TURUT SAMA-SAMA TURUN KE DASAR LAUT BAGI MERAIKAN PROGRAM MELARUTKAN ABU AL-QURAN.

PIHAK JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA DARIPADA AGENSI YANG TERLIBAT BAGI MENJAYAKAN PROGRAM INI :-
1. PEJABAT DAERAH MERSING
2. PEJABAT KADI DAERAH MERSING
3. MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH MERSING
4. PEJABAT TANAH MERSING
5. JABATAN TAMAN LAUT ISKANDAR
6. KOMANDER GGK 22
7. KELAB SELAM SKUBA PAINJ
8. KETUA KAMPUNG KG DUKU PULAU SIBU
9. SERTA PENDUDUK KG DUKU PULAU SIBU
... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

1 week ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

DR. SAHRUDDIN JAMAL ANGKAT SUMPAH SEBAGAI MENTERI BESAR JOHOR

Dr. Sahruddin Jamal mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor di hadapan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini (14 April).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong itu menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor, yang berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene.

Berangkat sama, DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim; dan Dato' Dennis Muhammad Abdullah.

Dr. Sahruddin, 43, menggantikan Dato’ Osman Sapian yang telah meletakan jawatan.

Beliau sebelum ini menyandang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor.

www.royaljohor.com.my/en_US/dr-sahruddin-jamal-angkat-sumpah-sebagai-menteri-besar-johor/

#sultanjohor
#royalpressoffice
#johor
... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

Indah Malam Cahaya Bulan,
Di hiasi Bintang Ciptaan Ilahi,
Israk Mikraj Suatu Keajaiban,
Menguji Iman Kepada Ialhi

Ayuh!! Warga Johor khususnya daerah tangkak bersama-sama pada malam ini kita berkumpul di taman syurga Allah.

Majlis Sambutan Israk Dan Mikraj Peringkat Negeri Johor 1440H / 2019M yang akan berlangsung di Masjid Bandar Tangkak, Daerah Tangkak bermula Jam 6.30 Petang.

Forum Israk Dan Mikraj akan di pengerusikan oleh Assyiekh Tuan Haji Mohd Nasri Bin Rahman, Kadi daerah Tangkak dan Ahli Panel 1 YB S.S Dato' Haji Yahya Bin Ahmad, Mufti Negeri Johor dan Ahli Panel 2 YB Dato' Hj. M. Tahrir Bin Dato' Haji Samsudin, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Majlis akan diserikan lagi dengan kehadiran YAB Menteri Besar Johor.

Semoga Rahmat Allah sentiasa bersama kita.
... See MoreSee Less

Lihat di Facebook


Penafian

Jabatan Agama Islam Negeri Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Jumlah Pelawat 195,064

Tarikh Kemaskini : 21 April 2019