25 Jun 2019 : Perjumpaan Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Dr Sahruddin bin Jamal dengan Rombongan Bakal-Bakal Haji Kerajaan Negeri Johor 2019 di Persada Johor.Majlis ini di adakan untuk meraikan dan memperkenalkan Ketua Rombongan Haji, Timbalan Ketua Rombongan Haji, Pembimbing Haji Lelaki/Wanita serta memberi taklimat perjalanan dan penerbangan kepada bagi bakal-bakal haji tersebut. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran jemputan-jemputan VIP Kerajaan Negeri Johor iaitu Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani serta diringi oleh Dato’ Haji Rofiki bin Dato’ Haji A.Samsudin, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai-pegawai kerajaan yang lain.