Permohonan Tauliah Peguam Syarie Negeri Johor
PENDAHULUAN
- Permohonan Tauliah Peguam Syarie Negeri Johor diuruskan oleh Bahagian Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Tingkat 2, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor, Jalan Masjid Abu Bakar, Karung Berkunci 725, 80990, Johor Bahru. No. Tel: 07-2282920. emel: uusjohor@gmail.com
- Tempoh permohonan baru adalah dari awal Januari hingga 30 September setiap tahun.
- Tempoh pembaharuan Sijil Amalan Guaman Syarie ialah dari Bulan Januari hingga 31 Oktober setiap tahun.
- Setiap permohonan akan diproses mengikut “Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Johor) 2015”.
KELAYAKAN UNTUK MEMOHON TAULIAH PEGUAM SYARIE NEGERI JOHOR.
KAEDAH 9 (Kelayakan sebagai Peguam Syarie)
- Syarat untuk layak sebagai Peguam Syarie;
(a)Islam;
(b)Warganegara Malaysia
(c)Berkelakuan baik disokong oleh 2 orang pengadil (seorang daripadanya ialah majikan)
(d)Tidak pernah sabit kesalahan oleh Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil
(e)Bukan seorang yang bankrup
(f)Tidak pernah dipecat, hilang kelayakan atau digantung atas sifatnya sebagai Penguambela dan Peguamcara
(g)Memiliki kelayakan akademik –
(i)Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Diploma Pentadbiran Kehakiman Islam atau yang setaraf
(ii)Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Syariah) atau yang setaraf dengannya
(iii)Sekiranya dia seorang Peguambela atau Peguamcara mestilah memiliki Diploma Pentadbiran Kehakiman Islam atau yang setaraf
h)Lulus ujian bertulis atau temuduga sekiranya perlu
- Sebelum diterima masuk di bawah kaedah (1), pemohon hendaklah menjalan latihan dalam kamar selama enam bulan di mana-mana firman guaman Syarie
- Latihan dalam kamar hendaklah diselia oleh seorang Peguam Syarie yang sedang dan telah menjalankan amalan secara aktif di Malaysia bagi tempoh tidak kurang daripada 5 tahun
PERBANDINGAN PERMOHONAN DAN BAYARAN YANG BERKAITAN
KEDAH 10, 11, 12 dan 13
(1)Permohonan hendaklah kepada Pengerusi Jawatankuasa menggunakan borang 1 beserta akuan dan salinan dokumen pada Kaedah 10 (2).
2)Sekiranya diterima masuk menjadi Peguam Syarie oleh Majlis, akan ditauliahkan:
a)Sijil Peguam Syarie. Fi bayaran RM 500.00
b)Sijil Amalan Guaman Syarie. Fi bayaran RM 100.00
3)Pembaharuan Sijil Amalan Guaman Syarie perlu dibuat kepada Setiausaha Jawatankuasa tidak lewat dari 3 bulan sebelum tamat tempoh sijil.
4)Fi pembaharuan Sijil Amalan Guaman Syarie ialah RM100.00